Laman Utama

“Hari-Hari Dia Buat Har Panas Bont*t” - Azhar Sulaiman Mengadu Perangai Anak Dengan Aida Aris

Izwan Isa
23/08/2022
05:50 MYT
Sponsor Banner
“Hari-Hari Dia Buat Har Panas Bont*t” - Azhar Sulaiman Mengadu Perangai Anak Dengan Aida Aris
Isu berkenaan Kasih Iris Leona seperti tidak berpenghujung. Sejak bergelar figura awam dengan aktif di media sosial, nama anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu sering kali bermain di bibir netizen.
Tidak hanya menjadi bahan bualan netizen, Azhar juga kadang-kala kerap memberikan nasihat dan teguran kepada Leona. Namun, anaknya itu tetap dengan pendirian tersendiri.
Terbaharu, menerusi kemas kini di Facebook, Azhar berkongsi perbualannya dengan rakan artis, Aida Aris baru-baru ini.
Menerusi perbualan tersebut, Aida memberitahu Azhar yang Leona kini sangat popular. Aida juga menasihatkan Azhar supaya berbincang dengan cara baik bersama anaknya.
“Hari-hari dia buat saya panas bontot. Dah (ber nasihat) tapi tak lut… Makin cakap makin menjadi,” ujar Azhar.
Kemudian, Aida juga memberi saranan untuk cuba menggunakan kemahirannya sebagai pelakon untuk memberi nasihat kepada anaknya.
“Cubalah slow talk dengan dia. Awak berlakonlah sedih sikit dan cakap sampai hati buat kat daddy macam ni. Gunakan kemahiran lakonan tu untuk pujuk dia,” cadang Aida.
Lalu Azhar menjawab: “Hmm mana mau nya karang dia cakap balik, are you acting with me now?” kongsi Azhar.
Sebelum ini, Azhar pernah membuat pengakuan yang anak perempuannya itu suka berpakaian seksi sungguhpun dia pernah melarang Leona daripada berbuat demikian.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar