Berita

“Hari-Hari Dia Layan Saya & Anak-Anak, Bagi Makan…" - Aidid Marcello Gembira Isteri Berhenti Kerja

Syafiqah Jalal
09/10/2019
13:03 MYT
Sponsor Banner
“Hari-Hari Dia Layan Saya & Anak-Anak, Bagi Makan…" - Aidid Marcello Gembira Isteri Berhenti Kerja
Pengacara Aidid Marcello akui gembira kerana isterinya, Norzie Pak Wan Chik yang merupakan bekas personaliti televisyen kini sudah berhenti kerja.
Menurut Aidid, kehidupannya kini lebih bahagia kerana lebih banyak masa diluangkan bersama termasuk dilayan dengan pelbagai masakan dari isterinya.
Lebih bermakna lagi apabila setelah berbelas tahun pasangan itu bersama, Aidid gembira kerana dia dan isteri bersama anak-anaknya dapat meluangkan masa untuk menonton Konsert Shawn Mendes baru-baru ini.
“Nama dia Norzie Pak Wan Chik. Dia wife dan cinta hati saya
“Last kitorang tengok konsert masa tu time kerja, dia teman saya buat host masa Konsert Jom Heboh! Itu jelah konsert yg paling LETOPS kitorang pernah ada sekali.
“Setelah berbelas tahun, tetiba dia beli tiket konsert Shawn Mendes semalam untuk anak dia katanya...
"Tapi... Hakikatnya... Dia pun minat jugaaa... Tak apa, disebabkan tiket dah beli, kami sekeluarga ke concert! Yeah!
“Alhamdulillah, happy dapat spend masa dengan family semua... Harap anak-anak kita ingat setiap pengorbanan kita, tak kiralah... masa, wang ringgit atau apa sahaja kan?
“Sekarang wife saya dah tak kerja. Dia hari-hari layan saya dan anak-anak, bagi makan, tengok resepi baru, try & error... Saya rasa best.
“Tapi, nak cari juga benda lain yang boleh diselit supaya tak stress dok buat kerja rumah ja...
"Ini jelah karangan pendek tak lebih 150 pth kerkataan... Tajuk karangan : ‘Kau Biniku’,” tulisnya.
Aidid berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian berkenaan dia memuat naik fotonya bersama Norzie.
Rata-rata pengikutnya tertarik dengan kata-kata Aidid yang sering menghargai isteri dan keluarganya.
Malah mereka juga turut mendoakan kebahgaiaan pasangan tersebut.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Nama dia @norziepwc . Dia wife dan cinta hati saya . Last kitorang tengok concert masa tu time kerja, dia teman saya buat host masa Koncert Jom Heboh! Itu jelah konsert yg paling LETOPS kitorang pernah ada sekali. . Setelah berbelas tahun, tetiba dia beli tix concert @shawnmendes semalam utk anak dia katanya... tapi... hakikatnya... dia pun minat jugaaaaakkk... xpa, disebabkan tix dah beli, kitorang sekeluarga ke concert!! Yeah!!!! . Alhamdulillah, happy dapat spend masa dengan family semua... harap anak2 kita ingat setiap pengorbanan kita, tak kiralah... masa, wang ringgit atau apa sahaja kan? . Sekarang wife saya dah x kerja. Dia hari2 layan saya & anak2, bagi makan, tgk resepi baru, try & error... saya rasa best ❤️ . Tapi, nak cari juga benda lain yg boleh diselit supaya x stress dok buat kerja rumah ja... . Ini jelah karangan pendek tak lebih 150 pth kerkataan. . Tajuk karangan : ‘Kau Biniku’ . #aididitagain #aididitmyway #aididmarcellofamily #wife #happy #love #together
A post shared by Aidid Marcello ? (@aididmarcello) on
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar