Sukan

Harimau Malaya Tewaskan Taiwan, 3-1

Gempak
12/06/2024
05:24 MYT
Sponsor Banner
Harimau Malaya Tewaskan Taiwan, 3-1
Harimau Malaya menghidupkan sisa-sisa perjuangan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 apabila bangkit menewaskan Taiwan 3-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Peluang Tipis Untuk Pusingan Ketiga

Bagaimanapun, skuad negara yang kini berkongsi 10 mata bersama pasukan tangga kedua Kumpulan D, Kyrgyzstan memiliki peluang yang amat tipis untuk melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan meraih tiket awal ke Piala Asia 2027.
Skuad kendalian Kim Pan Gon kini hanya boleh mengharapkan keajaiban besar berlaku di Muscat supaya Oman membelasah Kyrgyzstan sekurang-kurangnya tujuh gol untuk Harimau Malaya melepasi Kumpulan D.

BERITA TRENDING: Kelayakan Piala Dunia: Palestin Cipta Sejarah Pertama Kali Mara Ke Pusingan Ketiga

Pada perlawanan sebentar tadi, Harimau Malaya yang membawa misi untuk meraih kemenangan besar dikejutkan dengan jaringan pembukaan Taiwan pada minit ke-20 menerusi Yu Yao Hsing yang menyudahkan umpanan Kouame Angel Samuel.

BERITA TRENDING: Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Seri 1-1, Republik Kyrgyz Sekat Hajat Harimau Malaya Pungut Mata Penuh

Harimau Malaya mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan empat minit selepas itu, tetapi rembatan Safawi Rasid di dalam kotak penalti sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol Taiwan.

BERITA TRENDING: Perlawanan Tertunda 45 Minit, Lelaki Rantai Diri Di Tiang Gol! Papar Baju ‘Red Card For Israel’

Malah, beberapa peluang terbaik yang hadir di penghujung babak pertama juga gagal dimanfaatkan jentera serangan skuad negara untuk menghasilkan jaringan penyamaan.

BERITA TRENDING: David Beckham, Eric Cantona Antara Pemain Bola Sepak, Lagenda Dunia Yang Mula Sertai Kempen 'Eyes On Rafah'

Harimau Malaya akhirnya memecah kebuntuan jaringan lapan minit selepas bersambung babak kedua apabila rembatan jarak jauh Safawi gagal di selamatkan penjaga gol Taiwan, Pan Wen Chieh.
Usaha keras anak buah Pan Gon terus membuahkan hasil dengan Paulo Josue meletakkan skuad negara di depan pada minit ke-69 sebelum pemain gantian, Adib Ra'op mengesahkan kemenangan Harimau Malaya apabila meledak gol ketiga pada masa kecederaan.
Sumber: Berita Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar