Hiburan
Harris Alif Berpendapat Jadi Matang Tak Boleh Belajar Dari Internet - “Dia Tak Ada Tips Ke Apa…”
Meskipun baru berusia 24 tahun, namun penyanyi dan pelakon Harris Alif dipuji kerana kematangannya apabila melibatkan kehidupan peribadinya.
BERITA TRENDING: "Akan Lengkap Sepasang" - Intan Ladyana, Harris Alif Bakal Timang Anak Lelaki
Menurut suami kepada pelakon Intan Ladyana, seseorang itu akan menjadi lebih matang apabila sudah melalui pelbagai fasa dalam kehidupan.
“Bukan saya la… semua orang, yang mematangkan kita, nak menentukan seseorang itu matang ke tak, mesti dia lalui macam-macam benda dalam hidup dia.
“Sebab setiap benda, setiap ujian ke apa, benda yang kita lalui, itulah dia macam ujian yang mematangkan seseorang. Orang yang kita nampak matang itu maksudnya dia dah lalui macam-macam dalam hidup dia.
“Sebab itulah dia tak ada macam nak buat-buat matang ke dia tak boleh… benda itu tak boleh buat-buat. Memang secara semula jadi,” kata Harris ketika membuat siaran langsung di TikTok.
Pada perkongsian yang sama, Harris turut berpendapat kematangan seseorang itu hanya dilalui secara semula jadi bukan dengan melakukan pencarian di internet.
“Jadi kalau kita lalui macam-macam fasa dalam hidup kita ini, maksudnya daripada pengalaman apa, pengalaman itu la yang akan mematangkan kita.
“Bukan dia boleh nak search okay cara macam mana nak jadi matang, tak ada… macam mana nak berfikiran matang, nak berfikiran matang itu mungkin ada cara-cara dia la.
“Tulah dia sebenarnya, apa yang kita lalui dalam hidup kita ini saja. Dia tak ada tips ke apa ke tak ada. Tak tahu la, tapi itu pendapat saya la kan,” ujarnya.