“Haru La Hang Mat Yip!” - Netizen Terhibur Gelagat Syeriv Cuba Susukan Sarima
Gelagat anak pasangan pelakon Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, Syeriv Samheizy menarik perhatian netizen.
Foto tersebut menunjukkan Syeriv mendakap dan memegang kepala Sarina yang diletakkan dibahagian dadanya seakan-akan menyerupai ibu sedang menyusukan anak.
Kapyen yang ditulis juga agak lucu membuatkan netizen berasa terhibur dengan gelagat Syeriv.
“Hang tak da choc chip kat dada, tak payah berangan ada susu. Kalut tonyoh kepala adik dia nak bagi susu,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata menyakat Syeriv yang perangainya dikatakan sama seperti Syatilla.
Terdahulu, Sam dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017 dan Sarima Samheizy pada 17 April lalu.