Laman Utama
Hasil Taaruf, Ustaz Abdul Somad Akan Nikahi Gadis Berusia 19 Tahun
Nama pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad menjadi hangat diperkatakan beberapa hari kebelakangan ini kerana dipercayai akan melepaskan zaman dudanya.
Berita itu menjadi buah mulut selepas dokumen pernikahannya dengan seorang gadis berasal dari Jombang Jawa Timur tersebar.
Ustaz yang berusia 44 tahun itu dipercayai akan menikah dengan seorang gadis yang baru berusia 19 tahun bernama Fatimah Az Zahra Salim Barabud.
Menurut laporan Suara.com, Ustaz yang juga cukup terkenal di Malaysia ini berkenalan dengan calon isterinya itu melalui proses taaruf.
"Dia datang ke Jombang dan taaruf dengannya (Fatimah) sebelum Ramadan, sekitar Mac lalu bersama timnya.
"Fatimah dijodohkan," jelas seorang saudara Fatimah, Lathifah.
Tanpa mengambil masa yang lama, Lathifah mendakwa pasangan yang terpaut beza usia 24 tahun ini akan menikah selepas Aidilfitri ini sekitar Mei 2021.
"Mereka merancang berkahwin pada Mei 2021 ini tapi lokasi dan tarikhnya masih belum ditetapkan. Jadi saya tak berani cakap kerana ia masih berubah ubah," tambah Lathifah lagi.
Diketahui, gadis tersebut merupakan anak kepada penjual emas yang juga mempunyai ilmu agama yang baik.
Sementara itu wakil dari jabatan agama pula memberitahu media Ustaz Abdul Somad dan Fatimah akan menikah di Hotel Yusro di Jombang pada 20 Mei 2021.
Namun sehingga artikel ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Ustaz Somad.
Sebelum ini Ustaz Somad pernah menikah dengan Mellya Juniarti dan dikurnia seorang anak.
Namun mereka bercerai pada 2019 lalu.
Kredit Foto: Suara.com