Hiburan

Haziq Hussni & Shasha Nadira Gandingan Baharu, Kendali Segmen Petang ERA

Asyikin Mayudin
12/08/2024
07:39 MYT
Sponsor Banner
Haziq Hussni & Shasha Nadira Gandingan Baharu, Kendali Segmen Petang ERA
Gandingan baharu, Haziq Hussni dan Shasha Nadira bagi menggantikan tempat Ray Dap Dap dan Hanif yang bersiaran sekitar dua tahun menerusi segmen Petang ERA.
Haziq namanya tidak asing lagi dalam industri penyiaran radio dan pengalamannya akan diguna pakai untuk mengendalikan segmen tersebut.
Manakala Shasha pula adalah penyampai radio berwajah baru dan pernah menjadi hos media digital The Hardest Singing Show yang bersiaran baru-baru ini.
Pengurus Saluran Radio ERA, Azah Sahrin memberitahu pemilihan Haziq dilihat wajar kerana dia memiliki pengalaman tersendiri dalam dunia penyiaran radio.
“Meskipun berehat seketika dalam dunia penyampaian radio sekitar hampir 3 tahun namun ia masa yang sesuai dilihat untuk kembali semula ke bidang diminatinya.
“Cara penyampaiannya yang bersahaja dan mudah mesra dengan pendengar antara faktor Haziq dilamar untuk menjadi sebahagian keluarga besar ERA.
“Ia sekaligus dapat membawa pengaruh dan peminatnya untuk mendorong ERA kekal sebagai radio nombor 1 di Malaysia,” katanya menerusi siaran media pada Isnin.
Dalam pada itu, ERA memilih Shasha untuk kendalikan segmen Petang ERA pula kerana dia memiliki pakej lengkap untuk diketengahkan.
“Kerjayanya bermula di ERA hanya sebagai penyampai radio sambilan namun melihat ketekunan dan semangatnya dalam industri radio membuatkan ERA memilihnya.
“Shasha juga memiliki personaliti menawan dan mudah tersenyum setiap kali berinteraksi dengan pendengar ERA.
“Kedua-dua gandingan ini iaitu Haziq dan Shasha dapat menyaksikan PETANG ERA akan lebih segar dan bertenaga untuk menarik pendengar ERA yang berusia sekitar 10 hingga 29 tahun,” ujarnya.
Dengarkan PETANG ERA setiap Isnin hingga Jumaat jam 4 petang hingga 8 malam. Ikuti ERA di media sosial rasmi untuk berita terkini, kemas kini dan kandungan eksklusif.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar