Berita
"He Is Only 20 Years Old, Life Is Unfair Boy But ....." - Awi Rafael Berikan Kejutan, Melawat Pesakit Kanser Tulang
Penyanyi Awi Rafael memberi kejutan kepada seorang pesakit kanser tulang, Shafuan yang kini sedang mendapatkan waratan di Hospital Kuala Lumpur.
Menerusi entri di Instagram (IG), Awi berharap agar orang ramai dapat sama-sama memberi sumbangan kepada Shafuan dan membantu meringankan beban keluarga ini.
"Petang tadi sempat visit Adik Shafuan di HKL bersama ayahnya. Shafuan menghidap penyakit kanser tulang, ibunya pula juga terlantar sakit akibat stroke sejak dua tahun lalu.
"Ayahnya terpaksa tidak berkerja untuk menjaga Safuan sepenuhnya di Hospital & Abangnya pula harus berkerja di Jelebu, Negeri Sembilan sambil jaga ibu & adik. Bayangkan keadaan keluarga & bil-bil yang perlu dibayar?
"Kita pasti dapat menolong keluarga Adik Shafuan, boleh contact abangnya (Nazar) 010-2464673.
"Banyak yang Awi sempat bual dengan Shafuan, he’s a strong kid with a good heart. Terharu tengok semangatnya untuk capai impiannya.
"He is only 20 years old. Life is unfair boy but these moments will pass. Amin. Please share his story," tulisnya.
Sebelum ini, kisah Shafuan menjadi tular di media sosial dan ramai yang mendoakan agar dia serta emaknya kembali sihat semula.