Hiburan

“Hebatnya Ivanna!” – Sama Lasak Seperti Ibu, Anak Ramona Zamzam Pun Suka Snorkeling

Mya Amri
12/03/2020
10:38 MYT
Sponsor Banner
“Hebatnya Ivanna!” – Sama Lasak Seperti Ibu, Anak Ramona Zamzam Pun Suka Snorkeling
Sama seperti ibunya, anak pelakon Ramona Zamzam, Ivanna Alashkar juga tidak takut untuk melakukan aktiviti snorkeling.
Berkongsi pengalamannya, Ramona juga turut memuat naik video pendek yang merakamkan gelagat anaknya sewaktu melakukan aktiviti tersebut.
Menurut Ramona, pada mulanya dia berasa agak gementar untuk membenarkan anaknya merasai pengalaman tersebut kerana usianya masih kecil namun atas semangat dan pujukan suami, dia memberanikan diri.
“Saya dan Rami kerap melakukan aktiviti air terutamanya apabila diluar. Waktu berbulan madu, kami siap pergi ke taman tema air lagi.
“Saya tak boleh nak meletakkan jangkaan apabila ini merupakan penglaman pertama Ivanna melakukan aktiviti ‘mandi laut’ secara rasmi.
“Sejujurnya saya berasa gementar namun pada masa yang sama saya juga mahu membawanya menerokai aktiviti snorkeling dan juga melihat penyu.
“Pada mulanya saya mahu meninggalkan dia di atas bot namun Rami begitu yakin untuk membawanya bersama ke dalam air.
“Alhamdulillah, nampaknya dia juga bagus sama seperti ibu bapanya. Dalam kumpulan kami, dia merupakan satu-satunya baby yang melakukan aktiviti ini,” kongsinya.
Me & Rami have always been doing lots of water activities especially outdoor. Our honeymoon siap pegi water theme park lagi ? I didn’t know what to expect from Ivanna as this is her first proper ‘mandi laut’ experience, i was nervous but at the same time curious to drag her along with our snorkeling & turtle activities. Thought of leaving her on the boat but Rami was confident to take her down into the water. Alhamdulillah she turns out to be exactly like her parents ? The only baby that snorkel in the whole group. Lots of you were asking about the floaties that Ivanna is using, i got it from @miamor_my , we’ve been using it since ivanna was 4 months old since kat dlm swimming pool lagi. I think it really helped a lot for our snorkeling session. The spot that @thetaarasmalaysia brought us to, mmg senang sgt nak nampak turtles, some are even bigger than Ivanna ? Sekian parenting talks for today, any other question you may ask kat comment section k ? #TheTaaras #snorkeling #swimtrainermy
A post shared by RAMONA ZAMZAM Alashkar (@ramonazamzam) on
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji keberanian Ivanna yang disifatkan diwarisi daripada Ramona.
“Yeey, dia dah upgrade to ocean dah hihihi,” komen @neetamanis
“Ala pandainya. Geramnya saya tengok,” tulis @amalinaghani_ig
Terdahulu, Ramona dan Rami Alashkar berkahwin pada 1 Mei 2015 selepas menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan anak perempuan Ivanna Alashkar pada 7 Disember 2017.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar