Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Hebatnya Mata Pun Kenal” - Anak-Anak Fasha Teruja Jumpa Pak Nil, Dari Jauh Jerit Professor Klon!

Mya Amri 11/09/2020 | 12:54 MYT
Pelakon Fasha Sandha berkongsi keterujaan anak-anaknya bertemu pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Hj Nawawi.
Menurut Fasha dua anaknya, Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma dapat mengenali Aznil atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil hanya dengan melihat pada bahagian matanya sahaja.
“Aura tidak pernah akan pudar... Jika ada pada insan terpilih kalau kanak-kanak pun suka, bermakna selebriti itu adalah insan yang baik.
“Kisah semalam apabila terserempak dengan Datuk Aznil di dentist, masa tu datuk pakai mask, masuk je dalam klinik, anak-anak terus menjerit teruja, OMG professor KLON!
“Hebatnya... Mata je pun anak-anak dah kenal... Hebatnya aura seorang otai, filem dah 16 tahun lalu tapi fenomenanya sampai sekarang,” tulisnya menerusi posting terbaharu di akaun Instagram.
Dalam pada itu, Fasha juga mengucapkan terima kasih kepada Pak Nil kerana tidak jemu melayan ragam Rayfal dan Jemyma selain mendoakan figura popular itu dimurahkan rezeki.
“Terima kasih Paknil dan bodyguard Paknil yang melayani kerenah dua-dua anak ku, beratus soalan tanya pada Paknil. Paknil tabah je melayan.
“Semoga Paknil @aznilnawawihm terus sukses dan diberikan kesihatan yang baik. Terima kasih juga kasi angpow untuk #iburayfalrayshaaisha beli toys semalam... Semoga murah rezeki selalu,” coretnya.

Aura, Memang tak boleh dibeli dengan wang ringgit, AURA tidak pernah akan pudar... jika ada pada insan terpilih ? kalau kanak2 pun suka, bermakna selebriti itu adalah insan yang baik. Kisah semalam apabila terserempak dengan Datuk Aznil di dentist, masa tu datuk pakai mask, masuk je dalam klinik, anak2 terus menjerit excited , OMG professor KLON ? hebatnya...Mata je pun anak2 dah kenal.... Hebatnya Aura seorang otai, filem dah 16 tahun lalu tapi fenomena nya sampai sekarang. Terima kasih Paknil dan bodyguard Paknil yang melayani kerenah dua2 anak ku , beratus soalan tanya pada Paknil. Paknil tabah je melayan❤️ Semoga Paknil @aznilnawawihm terus sukses dan diberikan kesihatan yang baik, Terima kasih juga kasi angpow untuk #iburayfalrayshaaisha beli toys semalam... semoga murah rezeki selalu ❤️

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Terdahulu, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 2006.
Hasil perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma.
Dalam perkembangan terbaru, Fasha baru sahaja melahirkan anak perempuan, Aisha Amaira yang merupakan cahaya mata pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
#Fasha Sandha #Pak Nil
;