Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Heliza Helmi Menangis Teresak-Esak! Moji Mati Akibat Kanser

Amri Hassan 24/02/2021 | 12:20 MYT
Penyanyi Heliza Helmi berkongsi rasa hiba apabila haiwan peliharaannya, iaitu seekor hamster jantan mati akibat penyakit kanser baru-baru ini.
Hamster yang diberi nama Moji itu sebelum ini menjalani beberapa kali rawatan untuk menyembuhkan penyakitnya itu namun gagal.
"Doktor tengok kanser macam merebak ke seluruh tempat. Moji tidak bergerak macam dulu. Dulu tomor dekat pipi hingga mulut, kemudian merebak ke kaki, sekarang di tapak tangan.
"Allah je tahu perasaan hati kami. Sebab Moji Hamster sangat aktif siap akrobatik, macam gimnastik tu, makan banyak, sekali kena kanser terus Moji makin hari makin menyusut kesihatannya.
"Moji sentiasa teman kami.. tambahan Kakja jenis malam tak tidur sangat, dan masa hamster aktif ialah malam memang kami selalu bersama.
"Doktor kata, kalau kanser serang jantung dan peparu, masa tu nafas dia akan lagi sukar dan laju...
"Doktor kata, kanser ini sakit yang paling sakit," imbas Heliza beberapa hari sebelum kehilangan Moji.

A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi)

Dalam rakaman video terakhir bersama Moji, Heliza sempat memeluk dan mencium haiwan peliharaannya itu sebelum disahkan mati.

A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi)

Heliza dalam pada itu turut berkongsi beberapa video kenangan ketika Moji masih sihat dan aktif.
#Penyanyi #Heliza Helmi #Kanser #Mati #Tikus #Moji #Hamster
;