Laman Utama

"Hey Lelaki, Rezeki Kamu Datang Dari Redha Kami" - Ramai Bangkang Syafiqah Aina, Kata Rezeki Datang Dari Allah

Amri Hassan
05/02/2021
05:27 MYT
Sponsor Banner
"Hey Lelaki, Rezeki Kamu Datang Dari Redha Kami" - Ramai Bangkang Syafiqah Aina, Kata Rezeki Datang Dari Allah
Sepotong video yang dimuat naik personaliti media sosial Syafiqah Aina mendapat reaksi pelbagai dari warganet.
Menerusi video berkenaan, Aina memberikan pesanan kepada golongan lelaki untuk menghargai wanita terutamanya yang bergelar isteri.
"Perempuan sekarang ni dah lain. Once she comes back, she will coming back even stronger than you thought she could be!
"Lelaki patut takut, wanita sekarang boleh jadi hebat tanpa bergantung pada sesiapa. Jagalah kepercayaan yang diberi," tulisnya.
Selain daripada aksi Aina bergerak setempat yang dirasakan canggung oleh kebanyakan netizen, kenyataan pengasas produk kecantikan itu juga diragui.
"Hey lelaki, kamu bukan sahaja gemukkan kami 9 bulan, kamu kena gemukkan hati kami dengan kebahagiaan.
"Pernah tengokkan, ramai lelaki jatuh? Rezeki kamu datang dari reda kami. Jangan leka sangat dengan kecantikan sementara di luar sana.
"Kecantikan kami boleh dibina, sebab kami wanita 2021," katanya.
Kenyataan itu dianggap kurang tepat malah ia mendapat perhatian pendakwah selebriti, Aiman Banna.
"Rezeki kita datang dari redha Tuhan, bukan dari redha perempuan.
"Ar-Razzaq, Maha Pemberi Rezeki itu hanya dan hanyalah Allah. Tiada makhluk boleh mengambil jawatan Tuhan ini sampai hari kiamat.
"Adapun begitu, kita wajib layan perempuan seiiringan dengan apa yang Allah redha, yakni apa yang ada di dalam Quran & Sunnah.
"Wahai lelaki, bertuhankanlah Allah, janganlah 'bertuhankan' perempuan. Sayangilah Allah melebihi semua makhluk," tulisnya.
Sehingga kini, isu terbabit mendapat perhatian netizen dan masih menjadi perdebatan di media sosial terutamanya Twitter. Masing-masing tampil dengan pandangan tersendiri sama ada bersetuju mahupun tidak. Sumber: Twitter, IG @syafiqahaina
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar