Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Hey Mamat Sendu, Tu Memang Tempat Cyclist Kan..” - Individu Dikecam Dakwa Tokti Kayuh Guna Lorong Salah

Mya Amri 05/11/2021 | 09:15 MYT
Tindakan seorang individu mendakwa penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berbasikal menggunakan laluan yang salah akhirnya memakan diri sendiri.
Selain isu laluan, individu itu juga menerusi ciapannya di akaun Twitter miliknya mendakwa Datuk Siti atau lebih mesra dengan gelaran Tok Ti telah mempromosi budaya berbasikal yang tidak sihat.
“Tok Ti dan Dato K ni ada pengaruh yang kuat untuk promote budaya basikal yang sihat dan beretika tapi sebaliknya mereka pilih untuk jadi those MAMIL yang kayuh dalam big group tayang basikal mahal siap escort 4x4 habis makan jalan dan buat orang lagi benci cylist.” tulisnya.
Bagaimanapun hantaran itu ternyata mengundang rasa kurang senang peminat Tok Ti yang membalas kembali kenyataannya dengan nada sinis.
Selepas teruk menerima kecaman, individu tersebut kemudian menetapkan Twitternya dalam mood privasi.
Siti sebelum ini memang terkenal sebagai salah seorang selebriti yang aktif melakukan aktiviti berbasikal selain Alif Satar dan Hanez Suraya.
#Datuk Siti Nurhaliza #Basikal #Tok Ti
;