Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Hi Bapok” - Rapid KL Tular Lagi, Kali Ini Sebab Beri Respons Lucu Terhadap Pertanyaan Pengguna

Gempak 10/12/2023 | 08:55 MYT
Akaun rasmi syarikat pengangkutan awam Malaysia, RapidKL tular di Platform X baru-baru ini kerana respons lucu yang diberikan kepada pengguna.

BERITA TRENDING: Masih Ingatkah Pada Lelaki Kekwat Dalam MRT Ini? Rupanya Dah Banyak Kali Buat Hal, Netizen Siap Kumpul Bukti!

Menerusi beberapa hantaran di media sosial, dapat dilihat khidmat pelanggan syarikat pengangkutan awam itu, yang menggunakan nama Melati menjawab pertanyaan beberapa individu secara formal dengan merujuk kepada nama pengguna yang dianggap lucu.
Perkara itu meraih perhatian warganet di mana rata-ratanya terhibur dengan cara balasan yang dibuat oleh Melati.
Sekadar info, setakat artikel ini ditulis, hantaran berkenaan meraih lebih 500,000 tontonan dan 2,000 tanda suka.
Sumber: Platform X
#Viral #MRT #Lawak #RapidKL
;