Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Hidap Kanser Usus Sejak Empat Tahun Lalu, Pelakon 'Black Panther' Chadwick Boseman Meninggal Dunia

Zulaikha Yusof 29/08/2020 | 03:15 MYT
Pelakon terkenal Chadwick Boseman, 43, dilapor meninggal dunia pada Jumaat di Los Angeles akibat kanser usus.
Berita menyedihkan itu disahkan wakil kepada pelakon 'Black Panther' itu, Nicki Fioravante.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Boseman, 43, pernah melakonkan watak ikon kulit hitam Jackie Robinson dan James Brown sebelum mencapai kegemilangan melalui watak Black Panther melalui Marvel Cinematic Universe.
Boseman sebelum ini disahkan menghidap kanser usus sejak empat tahun lalu.
Mendiang dilaporkan berada bersama isteri dan ahli keluarganya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Sementara itu, ahli keluarga Boseman mengesahkan perkara itu melalui akaun twitter rasminya @chadwickboseman.
"Chadwick telah disahkan menghidap kanser usus tahap tiga pada 2016 dan terus berusaha melawannya apabila penyakit itu mencapai tahap empat.
"Sebagai seorang pejuang sejati, Chadwick menghadapinya dengan tabah, dan membawa kepada anda filem-filem yang anda gemari.
"Dari Marshall ke Da 5 Blood, August Wilson's Ma Rainey's Black Bottom dan banyak lagi, semuanya dirakam ketika beliau bertarung dengan siri-siri pembedahan dan kemoterapi," menurut kenyataan itu lagi.
Keluarga Boseman berkata, ia merupakan satu penghargaan dalam kariernya untuk membawa watak Raja T'Challa dalam filem Black Panther.
Sumber: Astro Awani
#Meninggal Dunia #Black Panther #Chadwick Boseman
;