Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Hidup & Mati Saya Di Rumah Ini " - Datuk Yusof Haslam

Ernalisa 16/10/2024 | 03:55 MYT

“Hidup dan mati saya, Insya-Allah di rumah ini. Saya sayang rumah ini,” itu kata penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam, mengenai kediaman banglonya yang telah didiami hampir 30 tahun.

BERITA BERKAITAN: Bekas Jurulatih Pulau Pinang, Jacksen F Tiago Peluk Islam

BERITA BERKAITAN: #FoodiesLife: Foodie Hawker Awards 2024 Iktiraf Penjaja Tempatan! - "Ia Menjadi Anugerah Untuk Rakyat Dari Rakyat"

​BERITA BERKAITAN: Syafiq Yusof Bereksperimentasi Dengan Telekinesis - "Genre Ini Fresh, Tak Salah Saya Nak Warnai Industri"

BERITA BERKAITAN: “Sudah Lama Mak Tak Senyum Begitu..” Syafiq Yusof Syukur Syamsul Kembali Ke Pangkuan Keluarga

Menurut Yusof, terlalu banyak kenangan yang tersimpan dengan mahligai yang dibinanya sejak pembikinan filem Sembilu lagi.
Dianggap sebagai rumah warisan keluarga, katanya, dia tidak pernah terdetik untuk menjual atau meninggalkan rumah dibinanya itu.

“Untuk apa saya nak tinggalkan rumah ini? Rumah ini terlalu banyak kenangan buat saya dan isteri.

“Di rumah inilah anak-anak saya dibesarkan, rumah ini jugalah tempat anak saya berkahwin, dan di sini juga filem Sembilu difilemkan.
“Mana mungkin saya nak berpindah.Kalau umur panjang, saya ingin hidup dan mati di sini.Insyallah," katanya kepada Gempak.
Mengulas isu tanah runtuh di kawasan kediamannya di Taman Melawati, Yusof memberitahu setakat ini rumah yang didiaminya tidak terjejas.
Malah, dia juga mengambil langkah berjaga-jaga dengan sentiasa memeriksa kawasan rumah bagi memastikan keselamatan keluarganya.
“Saya ambil masa dua tahun untuk bina rumah ni. Dulu memang ada runtuhan kecil, tetapi seluruh kawasan rumah saya telah dikonkritkan.

“Setiap tahun, saya memang akan panggil jurutera untuk periksa sistem saliran air dan sebagainya. InshaAllah, setakat ini, semuanya selamat.Belum pernah berlaku runtuhan lagi di rumah saya.

“Tapi saya tak berani nak kata seratus peratus kawasan rumah saya selamat, sebab kalau Tuhan kata nak berlaku, siapa kita untuk menolak? Cuma setakat ini, Alhamdulillah, semuanya baik.
“Dulu kita kurang pengalaman, tapi sekarang, saya lebih tahu apa yang perlu dilakukan untuk keselamatan keluarga,” katanya.

#Banglo #Rumah #Yusof #Sayang #Haslam
;