Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Hilang 24 Kilogram, Pelakon Oh My English Kongsi Rahsia Turun Berat Badan Dalam Masa 8 Bulan!

Kamaruddin Razal 30/06/2020 | 02:49 MYT
Pelakon yang dikenali dengan watak Mazlee dalam siri Oh My English, Zhafir Muzani berkongsi rahsia menurunkan berat badan sebanyak 24 kilogram (kg).
Bermula dengan berat badan 81 kg, Zhafir kini mempunyai berat sebanyak 57 kg dan semuanya dilakukan dalam masa lebih kurang lapan bulan.
Zhafir berkongsi perkara ini menerusi sebuah 'thread' di laman sosial Twitter.
Bermula dengan kaedah 'intermittent fasting', Zhafir perlahan-lahan mengubah gaya hidupnya ke arah yang lebih sihat.
Zhafir juga berkongsi pendapatnya mengenai pengambilan 'cheat meal' serta menyarankan agar mereka yang mahu mengurangkan berat badan banyak minum air masak serta mendapat tidur yang secukupnya.
Rata-rata peminat kagum dengan trasformasi yang dilakukan oleh Zhafir dan menjadikan dirinya sebagai inspirasi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setakat ini, entri Zhafir di laman Twitter mendapat hampir 3,000 ulang kicau dan hampir mendapat 5,000 tanda suka.
#Oh My English #Turun Berat Badan #Zhafir Muzani
;