Laman Utama
Hilang Deria Rasa & Bau Selepas Vaksin, Ramai Nasihatkan Fara Mendoza Buat Swab Test!
Pelakon Fara Mendoza dinasihatkan oleh para pengikut di Instagram (IG)nya selepas berkongsi kesan sampingan selepas mengambil vaksin.
Fara berkata, dia mengalami kesan sampingan tidak mempunyai deria rasa dan bau, sakit gigi, sengal badan serta demam panas.
“Tiga hari demam panas, badan sakit-sakit semua bila malam, lepas tu sekarang, deria rasa makan taka da, gigi sakit, badan sengal-sengal, bau perfume pun tak ada…Normal ke?”, tulis Fara menerusi ruangan kapsyen.
Pertanyaan tersebut mengundang kebimbangan di kalangan pengikutnya yang meminta Fara membuat ujian calitan Covid-19.
“Biasa demam lepas vaksin hanya sehari ja, tak sampai tiga hari. Tak sampai hilang deria bau segala. Macam simptom lain, better buat covid test untuk lebih afdal,” tulis seorang pengikut.
Ada juga yang berkongsi pengalaman mengenai ahli keluarga yang dijangkiti Covid-19 selepas mendapatkan suntikan vaksin.
“Pergi check. Adik ipar lepas vaksin tetiba kena Cobid ni.. Dia lepas vaksin sakit kepala tak baik-baik, pergi check sekali kena Covid,” kata seorang pengguna IG yang lain.
Bagaimanapun rata-rata mendoakan Fara supaya cepat sembuh dan tidak mengabaikan kesihatan dengan mengambil langkah berjaga-jaga.