Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Hilang Deria Rasa, Zuan XPDC, Isteri & Anak Positif COVID-19

Zulaikha Yusof 03/06/2021 | 07:20 MYT
Pemain bass kumpulan XPDC, Zua dan isteri serta dua anaknya disahkan positif Covid-19 sejak enam hari lalu.
Menurut Zua yang juga pengasas kumpulan Copero Viper berkata, mereka kini menjalani kuarantin di rumah yang terletak di Bangsar.
"Saya sudah kemaskini status di MySejahtera dan hanya tunggu maklumbalas daripada Kementerian Kesihatan," katanya kepada Harian Metro.
Zua berkata, dia rela dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu di Maeps, Serdang kerana ada pemantauan doktor sekiranya apa-apa berlaku.
Zua berkata, keputusan ini diperoleh selepas mereka menjalani ujian swab di sebuah klinik swasta.
"Memang saya tahu ada penduduk sekitar sini positif Covid-19. Ikutkan saya hanya duduk rumah dan tak ke mana-mana.
"Saya syak terkena jangkitan ketika dalam lif. Buat masa ini saya amalkan pemakanan sunnah seperti habbatus sauda, madu dan minyak zaitun.
"Penyakit ini buat saya rasa panas dalam badan dan batuk yang teruk. Mulanya saya demam tapi alhamdulillah dah pulih. Deria rasa juga tiada," katanya yang menjelaskan tidak berdaya untuk bercakap banyak.
Dia bagaimanapun bersyukur kerana jiran-jiran sekeliling prihatin dan banyak menghulurkan bantuan.
Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya menerusi akaun Maybank 162795022858 atas nama isterinya, Rosidah Abdul Kadir.
Sumber: Harian Metro
#Anak #Isteri #Positif #COVID-19 #Zuan XPDC
;