Hiburan
“Hilang Jobs, Contracts Cancelled, Still Mak Bolayankan…” – Diana Danielle Cerita Pengalaman Sendiri Bagi Semangat Pada Haneesya
Penarikan balik anugerah Ratu Dewi Remaja terhadap Haneesya Hanee minggu lalu menimbulkan pelbagai pandangan ramai pihak.
Ada yang menyokong tindakan tersebut, dan ada juga yang membantah. Tetapi paling menarik adalah sokongan daripada selebriti-selebriti tempatan sendiri.
Ramai yang memberikan nasihat serta kata-kata semangat untuk Haneesya.
Turut memberikan semangat melalui pengalaman yang dilaluinya sendiri adalah Datin Diana Danielle.
Menurut Diana, dia teringat ketika zaman remajanya menceburi industri hiburan sepenuh masa, dengan keinginan ingin menjadi seorang pelakon.
Namun ketika dia berumur 14 tahun, gambarnya tersebar ketika menyambut hari jadi ‘pool party’ teman baiknya.
“It was harmless, we were all besties from high school celebrating Iman’s birthday at her house. So those pool pictures leaked out, all of the sudden everyone had a different idea of me.
“The media and fans gave me a lot of heat, producers giving out warnings, haters loving the moment.
Menurut Diana lagi, sejak dari itu seolah-olah kontroversi mengikuti beliau ke mana sahaja yang melibatkan reputasi beliau.
“Saya pernah hilang pekerjaan, kontrak-kontrak besar dibatalkan kerana ‘tingkah laku’ saya.
Sudah biasa dengan ‘rejection’ sejak mula terlibat dengan periklanan dari kecil lagi, Diana terus memperbetulkan kesilapan dan kekurangan diri, menebalkan kulit muka dan terus bekerja dan bekerja hingga sekarang.
“Saya percaya pada rezeki saya dan kalau ianya bukan milik saya, kejar macam mana sekalipun tetap bukan rezeki saya.
“I’ll allow myself to cry, then pick myself up and go through it humbly, remembering that there are certain things I need to adhere to as a public figure.
“I see that you hit a tiny incy wincy yellow polka dot bump, but that you’re also truly a beauty with talent. Shine girl, shine,” pesan terakhir Diana pada Haneesya.
Must-Watch Video