Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Hilangnya Sifat Kemanusiaan, 7 Beradik Terkurung & Dibiarkan Kebuluran? Ada Yang Autism Pula Tu!

Hanafis Haris 09/06/2021 | 11:37 MYT
Sungguh menyedihkan apabila ada yang sanggup membiarkan tujuh beradik ini terkurung kebuluran di sebuah flat daif di negeri di utara Brazil.

Kanak-kanak berusia antara tiga hingga tujuh tahun itu ditinggalkan dalam jagaan saudara mereka berusia 13 tahun.

Akibatnya, ada yang kelaparan, sakit serta tidak diurus.

Menerusi laporan Daily Mirror, kanak-kanak itu ditemui pada 4 Jun lalu apabila polis mendapati mereka terkunci di sebuah flat dalam keadaan kelaparan dan kotor.

Tempat tinggal mereka tiada bekalan air bersih, minuman, makanan, dapur mahupun peti sejuk di dalamnya.

Malah, mereka juga dikesan mengalami selesema dan menunjukkan gejala anemia dan cedera pada badan.

Paling menyedihkan, seorang daripada kanak-kanak itu mengalami sindrom autism.

Menurut laporan itu lagi, kesemua kanak-kanak tersebut adalah anak kepada dua kakak kepada remaja berusia 13 tahun berkenaan.

Susulan itu, Jabatan Perlindungan Kanak-Kanak kini sedang berusaha menghubungi wanita terbabit bagi mengambil anak mereka semula selain turut menjejaki bapa serta datuk dan nenek mereka.

#Brazil #Lapar #7Beradik #Terkurung
;