Berita

Hina Watson Nyambek, Ammar Titan Dihadapkan Ke Mahkamah

Kamaruddin Razal
07/06/2017
02:14 MYT
Sponsor Banner
Hina Watson Nyambek, Ammar Titan Dihadapkan Ke Mahkamah
Penyampai radio, Ammar Titan di dakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dengan sengaja pelari pecut negara, Watson Nyambek.
Selain Ammar, produser rancangan komedi itu juga turut didakwa atas kesalahan yang sama dan kedua-duanya diarah hadir ke mahkamah pada 4 Julai ini bagi sebutan semula kes.
Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum dua tahun, denda, atau kedua-duanya.
Majistret Saiful Sayoti membebaskan Azizul Ammar dan Abdul Ghani dengan jaminan RM3,500 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Terdahulu, Watson membuat aduan polis berhubung jenaka di stesen televisyen itu yang didakwanya mempersenda dan menyamakan mendiang bapanya dengan haiwan.
Sumber: The Star
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar