Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Hirup Kopi Dalam Rumah Kaca Tepi Pantai… Nyaman!

Azwa Rahman 03/07/2020 | 08:40 MYT
Sebuah kafe Starbucks yang terletak di Teluk Cempedak, Kuantan tular baru-baru kerana kecantikan dan kedudukannya yang terletak betul-betul menghadap pantai.
Menerusi laman sosial Instagram, seorang pengguna @iamsyieddy berkongsi foto kafe itu yang menjadi tumpuan pengunjung.
“Bertemakan glass house, betul-betul mengadap laut, gempak kan?” tulis pengguna itu menerusi satu kicauan.
Terletak betul-betul di Pusat Rekreasi Teluk Cempedak, konsep rumah kaca yang digunakan sangat menarik perhatian penggemar kopi dengan panorama biru air laut mengasyikkan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, Starbucks ini menjadi pilihan ramai anak muda untuk berfoto dan memgambil OOTD (outfit of the day) untuk dimuat naik di laman sosial masing-masing.
Meninjau ke ruangan Twitter, ramai yang berkongsi foto berada di Starbucks berkenaan dan mengakui keindahan kafe tersebut.
“Saya bangga jadi org kuantan. Wkakaka,” tulis seorang wargamaya.
“Inilah Starbucks pertama yang aku jejak. Itu pun sebab shooting video assignment. BTW design kedai ni sumpah cantik,” komen seorang wargamaya.
“Teluk Cempedak tunggu kejap ya raya haji kita jumpa,” kata seorang wargamaya.
“Baru aku tahu gambar nampak cantik sangat bila orang luar tengok, tapi hakikatnya biasa-biasa sahaja kalau untuk yang dah biasa duduk kuantan,” luah seorang wargamaya.
“Time tak ramai cantik laa gambar. Tapi selalunya ramai,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian pengguna tersebut telah mendapar hampir 6,000 ulang kicau dan 12,000 daripada warga Twitter.
#Starbucks #Cempedak #Lokasi OOTD #Teluk
;