Laman Utama
#HisteriaTheSeries: Adegan Potong Kepala Buat Netizen Cuak, Ramai Ternanti Episod Ngeri Minggu Depan!
Drama bersiri seram Histeria The Series yang disambung daripada filem seram popular pada tahun 2008 berjudul Histeria kini kembali menerusi slot Astro Originals di saluran Astro Citra.
Memasuki minggu kelima, netizen mendakwa setiap babak di dalam drama bersiri ini semakin ngeri dan mendebarkan.
Dalam pada Alia dan Putri mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Murni di wad psikiatri, dia ditangkap oleh Cikgu Zuraidah kerana keluar dari sekolah.
Tambah mengerikan, giliran Vanidah pula dirasuk dan pergi ke ladang kelapa sawit tersebut.
Di laman Twitter, ramai wargamaya meluahkan rasa terkejut mereka dengan adegan ‘potong kepala’ yang terjadi kepada Vanidah.
“Banyak terkejut aku cerita kalini,” luah seorang wargamaya.
“Haaaa ambik kau memang dia potong betul kepala dia sendiri,” ujar seorang wargamaya.
“APA BENDA YANG AKU TENGOK NI ASTAGHFIRULLAHALAZIM,” tulis seorang wargamaya.
“Jap. Diorang baru penggal kepala ke tadi ??? Noooooo,” kata seorang wargamaya.
“Pehhhhhhhhhh scene ni lain macam jugak eh. Pehhhhhhhhh tak expect eh benda macam ni jadi pehhhhhhh,” ujar seorang wargamaya.
Histeria The Series mengisahkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku di sekolah mereka 10 tahun yang lalu.
Naskhah Histeria The Series diterajui oleh pelakon-pelakon muka berbakat tanahair seperti Mia Sara Datuk Afdlin Shauki, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid AlYahya, Amelia Christie dan Serra Kamal.
Lebih menarik, ia juga mengembalikan pelakon dan watak asal daripada filem Histeria iaitu Liyana Jasmay sebagai Murni dan turut membariskan pelakon terkenal Namron, Tony Eusoff, Ziana Zain, Ziha Salleh, Fimie Don, Mathni Razak dan Dr. Rosdeen Suboh.
Saksikan Histeria The Series yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam yang bermula pada 6 Jun lalu. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.