Hiburan
Hit You With That Ddu-Du Ddu-Du! Tiket BLACKPINK Paling Murah RM373
Peminat kumpulan BLACKPINK sudah mula menyatakan rasa teruja dan tidak sabar untuk melihat persembahan kumpulan K-Pop yang bernaung di bawah pengurusan YG Entertaiment ini.
Kunjungan pertama BLACKPINK ke negara ini dibawakan khas oleh pihak penganjur, Macpiepro.
Untuk siri jelajah ini, BLACKPINK bakal menyanyikan lagu-lagu popular mereka seperti Ddu-Ddu Ddu-Du selain membuat persembahan solo dan juga remix.
Selain Malaysia, BLACKPINK juga bakal menjelajah Bangkok, Jakarta, Hong Kong, Manila, Singapura dan Taipei.
BLACKPINK 2019 World Tour [In Your Area] Kuala Lumpur bakal berlangsung pada pada 23 Februari 2019 bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 6 petang.
Tiket boleh didapati menerusi laman web rasmi MACPIEPRO dan dijual bermula 12 DISEMBER ini.
Tiket konsert dijual bermula harga RM373 untuk Zon Hijau, RM483 (Zon Ungu), RM573 (Zon Kuning), RM673 (Zon Merah), RM693 (Zon BLINK).
Terdahulu, BLACKPINK yang dianggotai oleh Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa telah berjaya menarik perhatian peminat K-Pop seluruh dunia menerusi pelancaran debut pertama mereka, SQUARE ONE pada tahun 2016.
Lagu hit mereka berjudul Ddu-Ddu Ddu-Du yang dilancarkan pada 15 Jun lalu telah mencatat rekod bagi Video Muzik Paling Banyak Ditonton dalam masa 24 jam di Youtube dengan jumlah tontonan sebanyak 36.3 juta.
Terbaru, BLACKPINK turut berkolaborasi dengan penyanyi antarabangsa, Dua Lipa menerusi lagu ‘Kiss and Make Up’.