Laman Utama
Hitam Itu Menawan! Semak Gaya Menang #TeamRayaHitam Selebriti Sempena Lebaran 2023!
Syawal yang dinanti sudah pun datang. Pastinya susur masa di media sosial masing-masing dipenuhi dengan perkongsian indah dan cerita sempena lebaran.
Selain juadah yang pelbagai aneka, busana raya juga antara yang menjadi hantaran wajib di Aidilfitri.
Seperti yang ditebak, busana berona gelap atau lebih khususnya hitam menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia tahun ini, begitu juga golongan selebriti.
Pelbagai jenama dan rekaan busana daripada pelbagai rumah fesyen digayakan penuh mempesonakan sepanjang 1 Syawal semalam.
Antara selebriti yang mengenakan persalinan serba hitam pada 1 Syawal ialah bintang Projek High Council, Amir Ahnaf, pasangan merpati dua sejoli Awal Ashaari dan Scha Alyahya serta kedua-dua anak mereka begitu juga pelakon Zulin Aziz bersama suami tercintanya.
Pelakon kacak Aedy Ashraf pula menyarung kurta hitam berjalur, manakala aktres Nadia Brian memilih oversized baju Melayu rekaan Behati yang dipadankan dengan pario putih.
Keluarga Elyana juga memilih busana serba hitam, sama seperti keluarga Kaka Azraff.
Jom semak gaya #teamrayahitam selebriti tanah air sempena Aidilfitri 2023!