Berita

Hitam Legam, Penampilan 'Hancur', Andika Pernah Malu Peminat Tahu Dirinya Vokalis Kangen Band

Maliah Surip
14/12/2020
02:15 MYT
Sponsor Banner
Hitam Legam, Penampilan 'Hancur', Andika Pernah Malu Peminat Tahu Dirinya Vokalis Kangen Band
Vokalis kangen Band, Andika Mahesa mengaku pernah menyembunyikan identitinya sebagai penyanyi kumpulan tersebut kerana malu.
Dia mengaku malu dengan penampilannya pada awal kemunculan kumpulan tersebut lebih 10 tahun lalu.
"Saya ingat lagi sewaktu lagu kami meledak di radio, rasanya sangat seronok. Wah, akhirnya masuk ke radio lagu lagu kami.
"Hampir semua pengangkutan awam kalau naik, tengah memainkan lagu kami, memang sangat bangga.
"Namun ada satu masalah. Saya malu kalau orang tahu sayalah penyanyinya," kenang Andika saat menjadi tetamu di saluran YouTube The Leonardo's seperti yang dilaporkan Kompas.
Menurut Andika apa yang membuat dirinya malu adalah mendengar banyak perempuan yang mula 'menggilainya' tanpa mengenal atau mengetahui wajahnya.
"Waktu itu ada sebuah band memainkan lagu kami di sebuah festival. Kemudian saya dengar ada dalam kalangan peminat perempuan cakap 'ini kekasih saya', 'penyanyi ini kekasih saya'.
"Saya waktu itu ada di sebelah mereka. Malunya saya kalau mereka tahu lelaki di sebelah mereka adalah saya.
"Saya malu dengan penampilan diri. Waktu itu datang ke festival dengan selipar jepun, seluar pendek dan rambut panjang macam penyanyi Axl Rose. Kulit hitam legam," kenangnya sambil ketawa.
Malah setelah Kangen Band meledak dan peminat tahu mengenai identitinya, pemuda yang berasal dari Lampung ini kemudian diberi jolokan Babang Tamvan (Abang Tampan) oleh warganet kerana kerap dikaitkan dengan ramai wanita cantik walaupun wajahnya dianggap tidak kacak.
"Mula mula malu, dipersenda kerana wajah saya biasa biasa saja. Tapi lama lama saya nikmati saja," katanya dalam wawancara berasingan tidak lama dulu.
Biarpun sempat dilabel sebagai 'perosak standard muzik Indonesia' dengan lagu kampungan seperti Tentang Aku Kau dan Dia, Andika juga mengaku walaupun tidak dikenali, dirinya berasa bahagia kerana lagu lagu Kangen Band meledak di pasaran Indonesia.
"Akhirnya lagu kami masuk radio, Ya Allah lagu kami di mana mana, bangga sangat," kata Andika lagi.
Penyanyi berusia 35 tahun itu bagaimanapun tidak kekal lama dengan Kangen Band yang pertama kali masuk ke pasaran muzik pada tahun 2005.
Dia meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 2012 kerana tidak mahu membayar denda daripada syarikat rakaman kerana sempat menjalani karier solo, sekaligus melanggar kontrak.
Instagram: @babang_andikamahesa
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar