Viral
'Hobi' Aneh Pecah Masuk Lebih 1,000 Rumah
Tindakan individu ini untuk melegakan tekanan sememangnya pelik.Polis Jepun pada Rabu mengesahkan penahanan seorang lelaki yang didakwa memecah masuk lebih 1,000 rumah untuk menghilangkan tekanan.
"Suspek berusia 37 tahun itu diberkas pada Isnin lalu setelah dipercayai menceroboh kediaman di Dazaifu di selatan Tokyo," kata jurucakap polis.
Sementara itu, akhbar Mainichi Shimbun melaporkan lelaki itu mengakui memecah masuk rumah orang sebagai 'hobi'.
"Saya berasa teruja apabila tapak tangan saya berpeluh dan perasaan takut jika disedari tuan rumah atau tidak.
"Ia benar-benar cara untuk saya melegakan sedikit tekanan," menurut laporan tersebut lagi memetik kenyataan pelaku.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video