Laman Utama
“Hopefully Jumpa Betul-Betul MH370 Kali Ni” - Netizen Beri Reaksi Positif Terhadap Dakwaan Penemuan Baharu Lokasi MH370
Baru-baru ini, isu mengenai pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 kembali diperkatakan. Hal ini disebabkan kenyataan seorang jurutera aeronautik Britain, Richard Godfrey yang mendakwa tahu kedudukan sebenar bangkai pesawata berkenaan.
Menerusi beberapa laporan media, Richard percaya pesawat Boeing 777 tersebut telah terhempas ke Lautan Hindi iaitu sekitar 2,000 kilometer barat Perth, bahagian Australia Barat.
Difahamkan, Richard juga telah ‘mengira’ kedudukan MH370 yang dilaporkan terhempas dan telah menghabiskan masa lebih setahun untuk menyiasat mengenai tragedi berkenaan.
Richard berkata, dia menggunakan teknologi pengesanan baharu iaitu sistem isyarat radio Weak Signal Propagation Reporter (WSPR) yang bertindak seperti ‘tripwires’ dalam usaha mencari pesawat yang terletak 13,000 kaki di bawah permukaan lautan.
“Lokasi MH370 adalah kira-kira 1,200 batu di barat Perth, Australia dan terletak di dasar yang dikenali sebagai Broken Ridge, iaitu dataran tinggi bawah air dengan gunung berapi dan lurah di tenggara Lautan Hindi,” katanya.
Berdasarkan data daripada satelit, oseanografi, analisis drift, data prestasi daripada Boeing dan teknologi baharu ini, beliau percaya dengan penemuan terbaharu ini dan ia menunjukkan sejajar dengan satu titik tertentu iaitu di Lautan Hindi.
Meninjau reaksi netizen di laman Twitter, rata-rata memberikan respons positif terhadap dakwaan yang dikeluarkan oleh Richard.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak pernah berputus asa untuk mencari MH370.
“Sudah tujuh tahun dan hal ini masih menjadi misteri. Marilah berharap agar kali ini ia (dakwaan Richard) adalah tentang kapal terbang yang hilang itu,” kata seorang netizen.
“Nampak #MH370 trending. Oh Tuhan. Jiwa-jiwa yang malang itu. Harapnya semua yang terlibat dapat diberi penjelasan yang selayaknya. Amin,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.
“Ya Allah, kapal terbang itu terhempas di Lautan Hindi dengan kedalaman 4,000 meter. Jika ia benar, saya berharap agar ahli keluarga mangsa MH370 kuat untuk menerima kenyataan ini. Sejarah paling hitam bagi industri penerbangan Malaysia untuk tujuh tahun,” luah seorang wargamaya.
Sementara itu, seorang pengguna Twitter berharap agar penemuan ini merupakan penemuan sebenar MH370.
“Hopefully betul-betul jumpa #MH370 kali ni!,” doanya.
Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 bermula setelah ia hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.
Kredit foto: Fasyah Halim (Unsplash)