Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Hormat Pilihan Orang Lain..."- Doakan Bapa Maju Jaya, Ini Ucapan Dafi Untuk Pengundi

Syafiqah Jalal 07/11/2022 | 06:45 MYT
Penyanyi dan pelakon Dafi Ismail menyatakan sokongannya kepada bapanya yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri yanv menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dafi berharap semua calon termasuk bapaanya dapat bertanding dalam persaingan yang sihat.

"Dan ia secara rasminya bermula…saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada calon P090, papa saya, @ismailsabri60 …

"Kami sayang kamu dab menyokong penuh kamu…teruskan melakukan yang terbaik. All the best jugak untuk semua calon-calin lain yang akan bertanding tak kira dari team mana pon.

"Semoga kita semua akan lalui pusingan ini dengan semangat bersaing yg positif," katanya.

Dafi berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri itu dia bersama bapa dan juga ahli keluarga lain termasuk Datuk Jovian Mandagie yang memakai baju menyokong parti Barisan Nasional bergambar bersama.

Dafi dalam masa yang sama menasihati pengundi agar menghormati pilihan sesiapa sahaja kerana setiap orang mempunyai hak memilih.

"Semoga semuanya akan dipermudahkan dan lancar. Hormati pilihan orang lain sama macam mana kita pon nak orang hormati pilih kita jugak.

"Hak masing-masing...all the best Malaysia! #PRU15," tambahnya.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera yang akan mempertahankan kerusi Parlimen itu telah memulakan sesi kempen beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan diadakan pada 19 November ini manakala undi awal ialah pada 15 November.

A post shared by Dafi Ismail Sabri (@dafiismailsabri)

#Pilihan Raya #PRU15 #Dafi #PM #Ismail Sabri #Dafi Ismail #PRU
;