Hollywood

Hos TV Popular Wendy Williams Terkentut Ketika Siaran Langsung?

Amri Hassan
24/01/2020
02:23 MYT
Sponsor Banner
Hos TV Popular Wendy Williams Terkentut Ketika Siaran Langsung?
Hos televisyen popular Wendy Williams menjadi perhatian umum apabila dikatakan telah terkentut secara tidak sengaja ketika siaran langsung rancangannya baru-baru ini.
Wendy, 55, ketika itu mengendalikan segmen 'Hot Topic' kelihatan menyengetkan badannya sedikit sebelum kedengaran seperti bunyi terkentut yang panjang.
Namun, Wendy kelihatan tenang dan meneruskan segmen itu sampai habis. Insiden itu menimbulkan rasa geli hati dalam kalangan netizen yang rata-ratanya mentertawakan tindakan spontan Wendy.
Namun, dalam sebuah temu bual, Wendy menegaskan insiden tersebut tidak berlaku.
"Saya tidak menyengetkan badan untuk kentut tetapi kerana posisi itu lebih selesa.
"Kalau saya duduk dengan keadaan tegak sepanjang masa, bahagian belakang badan saya akan rasa tegang. Tindakan sama saya lakukan sejak 11 tahun lalu lagi.
"Saya baru sekali terkentut dalam rancangan ini. Malah, saya sangat jarang terkentut sebab gas dalam badan saya dilepaskan dengan cara berbeza-beza.
"Dalam kes saya biasanya sendawa sebab saya banyak bercakap," katanya.
Sementara itu, penyelia rancangan bual bicara itu, John Anderson memberitahu bunyi seakan-akan kentut itu terjadi ketika sekumpulan ahli kimia menyediakan eksperimen untuk segmen seterusnya.
"Kami sedang menyediakan tangki ikan tetapi tidak punyai paip yang sepatutnya, bunyi air itu kedengaran seperti seseorang sedang terkentut-kentut sebenanya. Ia bukan dari Wendy," katanya.
Sumber: The Daily Mail
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar