Laman Utama
Hotel Terlajak Mewah Dubai Bayar Beyonce RM111 Juta, Bagi Tetamu Set Sikat Bersalut Emas
Sebuah hotel ‘terlajak mewah’ di Dubai, Atlantis The Royal baru dilancarkan dengan penuh gilang gemilang.
Salah satu perkara yang menyita perhatian khalayak adalah pelancaran hotel yang mengambil kira konsep ‘cantik’ apabila dirakamkan dalam Instagram tersebut adalah tetamu undangan dan artis yang membuat persembahan.
Bukan calang calang dan disifatkan setaraf dengan kemewahan yang dipamerkan, pihak hotel telah menjemput pesohor Hollywood, Beyonce untuk membuat persembahan.
Menjadi persembahan pertama selepas empat tahun tidak melakukan sebarang konsert, bayaran untuk Beyonce tampil sebagau penghibur pada majlis pelancaran tersebut menjadi tajuk utama media tempatan.
Beyonce didakwa menerima bayaran melebihi RM111 juta atau £20 juta untuk tampil selama satu jam!
Penampilan pelantun lagu Crazy In Love itu juga menjadi buah mulut apabila kelihatan sangat memukau dengan gaun kuning dan persembahan yang dirasakan berbaloi untuk sebuah majlis eksklusif tersebut.
Majlis mega tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Kendall Jenner, Rebel Wilson, Liam Payne, Mark Wright dan Michelle Keegan.
Tetamu terpilih yang dijemput pula menerima cenderamata mewah termasuk set sikat yang diperbuat dari emas.
Bagaimanapun pihak hotel dan pengurusan penyanyi yang hadir bersama anak anak dan suaminya, Jay Z tidak memberikan kenyataan rasmi.
Sementara itu Dailymail melaporkan Beyonce bersama keluarganya menginap di salah satu bilik paling mahal iaitu The flagship Royal Mansion dianggarkan mencecah RM374 ribu semalam.
Ia terletak di tingkat 22 dengan memiliki empat bilik tidur, cinema, kolam renang peribadi dan ‘bilik keselamatan’.
Atlantis The Royal memiliki 795 bilik dengan 44 daripada memiliki kolam renang infiniti. Harga biasa sebuah bilik bermula dari RM4,700 satu malam.
Selain itu ia memiliki 17 restoran dan bar membabitkan lapan selebriti chef dan kedai yang menjual hasil seni Picasso.