Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

How Not To Lose Your Job? Ikuti Tips Ini Ketika Pergi Temuduga!

Fiza Kamarudin 29/06/2020 | 14:24 MYT

Zaman serba mencabar ini memang sudah nak dapat peluang pekerjaan apatah lagi saingan juga bertambah sengit.

Hanya yang betul-betul bersedia dan berkarisma serta menyerlah sahaja akan mempunyai peluang cerah.
Jadi, jika anda salah seorang calon yang sedang bersiap sedia untuk temuduga, tips ini mungkin berguna:

#1 Bawa Salinan resume

Resume boleh dianggap sebagai wakil diri anda. Jika anda betul-betul nak dapatkan kerja, pastikan resume anda elok dan berada dalam keadaan yang baik.
#2 Berpakaian formal, kemas & menarik
Pakaian mencerminkan keperibadian anda. Penemuduga juga akan mendapat tanggapan pertama dari melihat pakaian yang anda kenakan untuk sesi temuduga.
Tips memilih pakaian untuk menghadiri temuduga ialah:

#3 Susun sijil & dokumen dengan kemas

Bawa semua sijil, dokumen, dan transcrip ijazah anda. Susun dalam fail dengan kemas. Cara yang terbaik ialah dengan memasukkannya ke dalam clear folder. Apakah susunan yang betul?:

#4 Kenali bakal majikan

Apabila anda mendapat panggilan temuduga, kaji serba sedikit latar belakang syarikat tersebut. Pastikan anda boleh memberikan sedikit info tentang syarikat seperti tahun penubuhan, visi & misi, jenis perniagaa yang dijalankan, dan sebagainya. Selain itu, kaji juga tugas yang bakal anda lakukan sekiranya dipilih untuk memegang jawatan yang dipinta.
#5 Sampai 30 minit lebih awal
Pada hari temuduga, pastikan anda sampai awal ke lokasi. Sekurang-kurangnya 30 minit sebelum sesi temuduga bermula. Sampai awal akan menjadikan anda lebih tenang & bersedia untuk ditemuduga. Ia juga memberikan masa untuk anda memeriksa semula semua dokumen dan bersiap sedia dengan soalan yang bakal ditanya.
#6 Bawa pen
Jangan lupa untuk bawa pen. Sebelum temuduga, anda mungkin akan diminta untuk mengisi beberapa borang pengenalan diri. Malah semasa temuduga, anda juga mungkin akan diberikan sedikit masa untuk menjawab soalan bertulis. Jangan rosakkan peluang anda untuk mendapat kerja dengan terlupa membawa pen sendiri sesama ditemuduga.
#7 Beri salam kepada penemuduga & berjabat tangan
Apabila nama anda dipanggil untuk masuk ke bilik temuduga, jangan terus duduk. Berikan salam, berjabat tangan jika penemuduga adalah sama jantina dengan anda, dan minta kebenaran untuk duduk. Elakkan daripada masuk ke bilik dan duduk walau segugup mana pun anda.
#8 Duduk dalam postur yang tegak
Semasa ditemuduga, cara anda duduk juga akan menentukan sama ada anda akan diambil bekerja atau tidak. Pastikan anda duduk dengan tegak sambil merapatkan kaki. Letakkan kedua-dua tangan di atas riba. Elakkan daripada:

#9 Eye contact

Semasa menjawab soalan, pastikan anda memandang tepat ke mata penemuduga. Elakkan daripada ditemuduga sambil memandang lantai, memandang dinding, memandang ke luar tingkap, atau memandang kaki sendiri. Kalau anda terlalu gugup untuk melihat tepat ke mata penemuduga, anda boleh memandang ke arah kening atau hidungnya. Mudah sikit, kan?
#10 Jangan terburu-buru menjawab soalan
Usah terburu-buru untuk menjawab soalan yang diberikan. Ambil masa untuk memahami apakah soalan yang ditanya, dan ambil juga masa untuk menyusun jawapan yang sesuai. Menjawab soalan dengan terburu-buru akan menampakkan anda sedang gugup dan tidak bersedia untuk ditemuduga. Menjawab soalan dengan tergesa-gesa juga akan menyebabkan anda memberikan jawapan yang tidak bernas.
#11 Tanya soalan yang bernas
Kebiasaannya, sebelum temuduga berakhir, penemuduga akan bertanya soalan maut ini: Anda ada apa-apa soalan? Jangan jawab tiada. Sebenarnya soalan ini adalah perangkap pada anda. Mungkin anda menjawab tiada kerana tidak mahu menyusahkan penemuduga untuk menjawab soalan anda.

Namun yang sebenarnya, penemuduga mengharapkan anda memberikan soalan yang bernas untuk mendapat point bonus. Inilah sebabnya anda perlu mengkaji sedikit tentang latar belakang syarikat & tugasan untuk jawatan yang bakal anda sandang. Apabil diminta memberikan soalan, anda dapat bertanya soalan bernas yang akan memberi kelebihan kepada anda.

Ikutilah tips kalau anda tidak mahu hilang peluang pekerjaan! Nak tengok realiti di tempat kerja dan betapa susahnya mempertahankan pekerjaan yang ada?

Saksikan sitkom komedi How Not To Lose Your Job yang sudah memasuki episod kelima sekarang:

[EPISOD PENUH] How Not To Lose Your Job - EPISOD 5 - Siapa Lebih Hebat?

Mampukah Miss JJ (lakonan Sangeeta) dan rakan-rakannya, A.M Fansuri (Taufiq Izmir Tawaff), Lola (Dee Al Hadi), Hup Hee (Tang Meng Kheng) dan Julian (Charles Robert) dan Amu Ratnam (lakonan Sukania Venugopal) mengembalikan kepercayaan Boss (Che Kem) dan mempertahankan periuk nasi mereka?

Jangan lupa saksikan sitkom mencuit hati ini yang ditayangkan pada setiap Isnin, pukul 9.30 malam ini di laman web Gempak dan di laman web Rojak Daily, pada hari yang sama bermula jam 9 malam atau menerusi televisyen di Hello! (saluran 702), 8.15 malam.

#How Not To Lose Your Job #Tips Temuduga
;