Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Hyper Teruk!" - Ain Edruce Kongsi Pengalaman Cuba Dalgona Coffee

Asraf Aided 05/04/2020 | 10:07 MYT
Pelakon Ain Edruce berkongsi pengalamannya mencuba minuman Dalgona Coffee yang kini viral di media sosial.
Menurut Ain, dia dan suaminya, Amirul Hafizz telah mengalami kesan sampingan selepas mencuba minuman itu.
Perkara itu dikongsi Ain menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
Di entri yang sama, Ain turut berkongsi foto paparan skrin dari seorang indvidu yang mengalami sesak nafas, pucat di bahagian kaki dan jantung berdegup laju selepas mencuba minuman itu.
"Khas untuk sesiapa yang nak cuba Dalgona Coffee, so kitorang ada cuba juga okay, @amirul_hafizz tak pernah minum kopi, dia pun cuba Dalgona, apa yang terjadi dekat Mirul lebih kurang sama dengan apa yang korang baca kat atas sebab dia tak pernah minum kopi.
"Saya dan @edila_edruce jadi macam apa korang tengok tu, hyper teruk," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Ain menasihati sesiapa yang belum mencuba minuman itu untuk berhati-hati.
"Berhati-hati untuk sesiapa yang nak cuba pertama kali okay," tulisnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut Ain turut berkongsi pengalaman mereka yang hampir sama selepas mencuba minuman viral itu.

KHAS UNTUK SIAPA YANG NAK CUBA #DALGONACOFFEE So, kiteorg ade cuba jugak ok...so @amirul_hafizz die x pnh minum coffee , die pun try dalgona, ape yang jadi kat mirul lebih kurang sama dengan ape korang baca kat atas sebab die x penah minum coffee. Aku and @edila_edruce jadi mcm ape korang tgk tu. HYPER TEROK. So careful untuk sesiapa yg nak cuba 1st time okay. ?

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) on

Selain Ain, pelakon Betty Rahmad juga telah mengalami kesan sampingan yang sama apabila mencuba minuman tersebut.
#Viral #Viral #Ain Edruce #Dalgona Coffee
;