HyunA & Yong Jun Hyung Bakal Berkahwin 11 Oktober Tahun Ini?
Nama pasangan kontroversi HyunA dan Yong Jun Hyung kembali diperkatakan apabila mereka dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun ini di Seoul.
Berkahwin
“Mereka mengambil keputusan untuk berkahwin kerana keyakinan yang mereka ada dalam hubungan mereka,” ujar sumber berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Dah Bertunang Tapi Hajat Nak Kahwin Tak Sampai… Hyuna & Dawn Berpisah! Peminat Terkejut- “Macam Tak Percaya, Betul Ke Ni”
ARTIKEL BERKAITAN: HyunA Buka Rahasia Dirinya Menderita Depresi, Gangguan Kecemasan dan Mudah Pingsan
ARTIKEL BERKAITAN: HyunA, E’Dawn Resmi Ikut Agensi Psy, P-Nation
ARTIKEL BERKAITAN: “Macam Mana Kalau Anorexia?” – Terlalu Kurus, Peminat Risau Penampilan Terkini Hyuna
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 2 Tahun, HyunA & E'Dawn Mengaku Bercinta
Terdahulu, hubungan mereka sudah pun diketahui ramai disebabkan penyanyi wanita itu memuat naik gambar sedang berpegangan tangan dengan Jun Hyung di media sosial.
Terpalit dengan skandal Burning Sun
Ramai yang kurang bersetuju dengan keputusan HyunA berhubungan dengan Jun Hyung memandangkan lelaki itu pernah terpalit dengan skandal Burning Sun.
Justeru, ramai yang kecewa dengan tindakan HyunA untuk berkahwin dengan Jun Hyung.
“Bukankah dia berpisah dengan bekas teman kekasihnya untuk membina rumah tangga tapi sekarang? Dia masih mahukan lelaki yang terpalit dengan skandal. Pasti ada sesuatu yang tak kena,” kata salah seorang pemilik akaun peminat HyunA.