Hiburan
"I Betul-Betul Hayati Lagu Dia Sangat Sedih ..." - Hatta Dolmat Dedah Perincian Busana Sufian Suhaimi
Pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat mendedahkan dirinya menghayati lirik lagu Di Matamu ketika proses menyiapkan sepersalinan pakaian buat penyanyi Sufian Suhaimi untuk Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33).
Menurut Hatta, realitinya Sufian sudah meneruskan kehidupan ke depan cuma untuk persembahan dia perlu mengekalkan mood dan karakter lagu itu.
"Bila I buat baju Sufian, I betul-betul hayati lagu dia sangat sedih, satu perasaan yang hancur yang dibiarkan hati yang pecah, itulah konsep a broken heart suit for @sufiansuhaimi but to tell you the truth dia dah betul-betul move on, cuma nak mood dan character lagu ini kekal sebegitu," tulis Hatta.
Rata-rata pengikut Hatta memuji dengan idea yang telah dicurahkan terhadap baju tersebut malah berpuas hati dengan hasilnya.
Sufian berjaya merangkul trofi Persembahan Terbaik AJL 33 menerusi lagu terbabit.
Sufian pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Elfira Loy dan bertunang pada 6 Oktober 2017. Hubungan itu tidak panjang dan berakhir pada 18 Februari 2018.
Akhirnya, Elfira melangsungkan pernikahan dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari lalu di Cyberjaya.