Hiburan

"I Can't Tolerate This Is Happening During Confinement" - Mia Ahmad Ulas Isu Elvina Mohamad

Zulaikha Yusof
20/12/2018
06:53 MYT
Sponsor Banner
"I Can't Tolerate This Is Happening During Confinement" - Mia Ahmad Ulas Isu Elvina Mohamad
Pelakon Mia Ahmad meluahkan rasa tidak berpuas hati berkenaan isu rumah tangga pelakon Datin Elvina Mohamad yang didakwa diganggu oleh wanita lain.
Luahan itu dikongsi menerusi akaun laman sosial Instagram milik Mia, semalam.
Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi mempersoalkan kenapa memilih suami orang sedangkan di luar sana masih ramai lelaki yang berstatus bujang. Pelakon drama Hati Perempuan itu juga menegaskan dia tidak boleh bertolak ansur mengenai isu tersebut kerana ia berlaku ketika isteri tengah berpantang.
"I might not know what is happening but I can't tolerate this is happening during confinement," tulis Mia menerusi Instagram Stories miliknya.
Baca: "Dah Takda Lelaki Bujang Sampai Nak Kacau Husband Orang .." - Elvina Mohamed Naik Hantu!
Baca: "Bukan Fitnah Atau Meroyan!" - Elvina Tak Salahkan Sebelah Pihak
Pada Oktober lalu, Mia telah memadamkan semua foto suaminya, Mohd Izham Tarmizi Roslan di Instagram selain memuat naik entri seolah-olah memberikan gambaran rumah tangganya bergolak ketika sedang berpantang anak pertama.
Mia dan Izham telah mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa pada 28 September lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar