Hiburan

"I Could Have Died Last Night" - Shaza Bae Kemalangan Selepas Pulang Dari Penggambaran

Asyraf Roslan
05/09/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
"I Could Have Died Last Night" - Shaza Bae Kemalangan Selepas Pulang Dari Penggambaran
Pelakon, Shaza Bae berkongsi mengalami kemalangan jalan raya selepas pulang daripada satu penggambaran di Bangi pada jam 9.59 malam.

Memandu Laju

Menurut Shaza, ada sebuah kereta telah memandu dengan sangat laju sehingga melanggar kereta dihadapan mereka dan sehingga menyebabkan kereta itu berpusing serta melanggar empat lagi buah kenderaan termasuk kereta milik pembantunya.
" Kejadian semalam selepas pulang shooting jam 9.59 malam di Bandar Baru Bangi.

"Kereta Ford ini telah memandu sangat laju dan melanggar sebuah kereta Axia yang dihadapan kami menyebabkan kereta itu berpusing dan melanggar kereta pembantu saya serta melibatkan beberapa kenderaan lain juga.

"Kami tak tahu keadaan pemandu kereta Axia tersebut, cuma difahamkan dia sedang mengandung," ujarnya Shaza dalam satu hantaran di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Kecam Salt Bae Tayang Bil RM762,613 Di Abu Dhabi - "Duit Tu Boleh Bantu Sekampung Kebuluran"

ARTIKEL BERKAITAN: “Harga Duit Hantaran Tu” - Aeril Zafrel Berbelanja Lebih RM10k Makan Di Restoran Salt Bae?

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Kolej Maut Kereta Dipandu Adik Bertembung Dengan Lori

ARTIKEL BERKAITAN: Nahas Elmina: Laporan Akhir Dikeluar Beberapa Hari Lagi - Anthony Loke

Langgar Lari

Ketika dihubungi Gempak, juara Dewi Remaja 2019 itu berkata pemandu kereta Ford itu sebenarnya sudah melarikan diri namun berjaya ditahan orang ramai dan dibawa ke Balai Polis.
"Saya dan pembantu masih lagi dalam keadaan terkejut tapi kami okay.
"Kalau ikutkan semalam pemandu tersebut lari tapi berjaya ditangkap dan dibawa ke balai polis cuma kami tidak tahu apa selanjutnya selepas kami pulang membuat laporan polis," katanya lagi.
Pada masa sama, Shaza atau nama sebenarnya Shaza Nuriman Mohamad Zamri,29, menyatakan pemandu tersebut memandu dalam keadaan mabuk dan disebabkan itu dia hampir kehilangan nyawa.
"The Ford driver was drunk. I could have died last night but alhamdulillah Allah Maha Pelindung,"
Shaza juga mengingatkan kepada semua pemandu diluar sana jangan memandu dalam keadaan mabuk dan bertangggungjawab ketika memandu.
Jangan disebabkan kecuaian diri sendiri menyebabkan kematian insan yang tidak bersalah.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar