Hiburan

"I know I've Never Really shared Our Wedding Photos, But Felt Like Sharing Them Today" - Najwa Kongsi Gambar Perkahwinan Sempena...

Badrul Hashim
26/03/2019
18:26 MYT
Sponsor Banner
"I know I've Never Really shared Our Wedding Photos, But Felt Like Sharing Them Today" - Najwa Kongsi Gambar Perkahwinan Sempena...
Menggunakan nama pentas Najwa Mahiaddin, beliau merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan kini Menteri Dalam Negeri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Najwa pernah memenangi Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik pada Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) yang ke 18, sebelum melanjutkan pelajaran di Berklee College of Music, Boston, Amerika Syarikat pada tahun 2011.
Pada satu entri di Instagramnya, Najwa berkongsi sekeping gambar perkahwinan beliau.
"I know I’ve never really shared our wedding photos, but felt like sharing them today. Happy 4th anniversary, love!
"We’ve come a long way - from band mates to our latest venture, @plugintotheblueroom. I love you, my partner-in-crime," tulis Najwa sempena ulang tahun perkahwinan yang keempat.
Suaminya Idris turut berkongsi gambar perkahwinan mereka di Instagramnya.
"This was taken 4 years ago. I think we are still the same couple @njwamusic," sambil meletakkan lambang hati pada captionnya.
Kedua-dua entri mereka dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat-peminat dan teman-teman.
Najwa berkahwin dengan pasangannya, Idris Koh Keng Hui pada 26 Mac 2015. Selamat ulang tahun perkahwinan yang keempat, Najwa dan Idris.
Kredit Gambar: Instagram
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar