Laman Utama

"I Lost My Baby ..." - Shima Anuar Selamat Dibedah Kerana Hamil Luar Rahim, Masih Dirawat Di ICU

Amri Hassan
07/03/2022
01:55 MYT
Sponsor Banner
"I Lost My Baby ..." - Shima Anuar Selamat Dibedah Kerana Hamil Luar Rahim, Masih Dirawat Di ICU
Pelakon Shima Anuar reda apabila bayi yang dikandungnya terpaksa dikeluarkan akibat komplikasi hamil luar rahim (ectopic pregnancy).
Berkongsi perkara terbabit di Instagram, kata Shima, dia masih dirawat di unit rawatan rapi selepas menjalani prosedur pembedahan pada Ahad.
"It was so painful. Still in the icu. I lost blood during surgery yesterday. And i lost my baby too because of ectopic pregnancy.
"Terima kasih terlalu ramai yg mendoakan sy. I’ll be fine Inshaallah. I’m a tough cookie remember?" tulisnya bersama kata-kata semangat.
Februari lalu, Shima memaklumkan dirinya hamil dua bulan dan terpaksa menolak tawaran berlakon demi keselamatan diri dan bayi dalam kandungan.
Shima mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan yang kini berusia dua tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024