MAJLIS SIDANG MEDIA GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024
Hiburan

“I Love You A Trillion” - Kongsi Foto Berpeluk, Kaka Azraff & Adam Azriff Kembali Bersama?

Asyraf Roslan 15/01/2025 | 23:55 MYT

Penyanyi, Kaka Azraff didakwa sudah kembali bersama dengan suaminya, Adam Azriff.

Menerusi satu perkongsian di laman instagram, Adam memberi bayangan bahawa mereka sudah kembali bergelar suami isteri.
“Bila mereka kata semuanya sudah tertulis, aku berdoa kepada Allah agar namamu tertulis di sebelah namaku. i love you a trillion, Kaka Azraff,” tulis Adam ringkas di ruangan kapsyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff Didakwa Bercerai Talak Satu?

ARTIKEL BERKAITAN: "Tahun Ini Banyak Buka Mata Untuk Muhasabah Diri" - Enggan Dibayangi Kisah Sedih, Kaka Azraff Kini Berjinak-Jinak Tulis Lirik Lagu

ARTIKEL BERKAITAN: "Tahun 2024, Saya Banyak Muhasabah Diri" - Kaka Azraff

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti gembira dengan berita tersebut dan mendoakan kesejahteran pasangan tersebut.
“May Allah give you guys peace.
“Alhamdulillah.
“I'd love to see both of you getting back together..if it's true..alhamduillah.
“Love always wins brother.
“Waa happy dah back balik. Suka tgok diorg ni,” komen netizen.
Terdahulu pasangan ini difahamkan telah bercerai talak satu pada 28 Oktober 2024.
Pengesahan lafaz cerai yang difahamkan dilakukan secara ekspres itu berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam
Selama hampir enam tahun bergelar suami isteri, Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 6, dan Aryan, 4, dan Atta Adam,1.

#Kahwin #Kaka Azraff #Rujuk #Adam Azriff
;