Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“I Said Yes” - Nabila Razali Terima Lamaran Kekasih Hati, Nik Iruwan

Mya Amri 13/11/2023 | 13:56 MYT
Penyanyi, Nabila Razali mendedahkan sudah menerima lamaran teman lelakinya iaitu Nik Iruwan Nik Izani.
Pendedahan itu sekaligus menamatkan teka teki mengenai perkahwinan yang bakal berlangsung dan juga gerangan kekasihnya.
Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 31, berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Foto yang dimuat naik itu merakamkan momen manis di mana bakal suami Nabila sedang melutut dan melamar dirinya.
"I said yes," tulisnya ringkas pada bahagian kapsyen foto berkenaan.

A post shared by NABILA RAZALI (@nabila.razali)

Sementara itu, rakan-rakan selebriti juga tidak ketinggalan menzahirkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada kedua pasangan itu.
Antaranya, Wany Hasrita, Ummi Nazeera, Janna Nick, Amira Othman, Eyka Farhana, Sarah Suhairi dan ramai lagi.
BERITA TRENDING: “Bila Sudah Bersedia Saya Akan Maklumkan” - Nabila Razali
Sebelum ini,timbul desas-desus mendakwa Nabila bakal mendirikan rumah tangga pada hari ulang tahun kelahirannya hari ini iaitu 13 November.
Bagaimanapun telahan itu tidak benar apabila Nabila hanya memuat naik foto menerima lamaran kekasihnya.
Terdahulu, sekitar Ogos lalu, kecoh Nabila dan Iruwan sudah mengikat tali pertunagan namun penyanyi itu enggan mengesahkan perkara tersebut.
#Kahwin #Kekasih #Nabila Razali #Lamaran #Yes #Nik Iruwan Nik Izani
;