Laman Utama
“Ia Patuh Syariah…”- Ustazah Asma’ Harun Jawab Isu Konsert Di 'Negeri Serambi Mekah' Yang Disindir Baby Shima
Pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun tampil bersuara mengenai perihal penganjuran konsert di Kelantan yang menimbulkan rasa tida puas hati kepada penyanyi Baby Shima baru-baru ini.
Menurut Ustazah Asma meskipun sudah agak terlambat untuk menjawab isu berkenaan namun dia tetap mengambil kesempatan mengulasnya.
“Terima kasih Cik Shima. Buka mata kami, wujudnya konsert di Kelantan seperti ini.
“Saya agak ketinggalan dalam isu ini, baru dapat menelitinya semalam. Ada hikmah apa yang Cik Shima bangkitkan.”tulis Ustazah Asma’ pada hantaran di laman Facebook miliknya kelmarin.
Terdahulu, Baby Shima meluahkan ketidakpuasan hatinya apabila sering menjadi mangsa kecaman dan perhatian ramai apabila berpenampilan seksi dan melakukan aksi agak keterlaluan.
Baby Shima individu yang sering mendapat teguran dan komen pedas daripada beberapa pendakwah bebas mempertikaikan tiada mana-mana pendakwah pula yang menegur penganjuran konsert di Kelantan baru-baru ini.
Dalam pada itu, Ustazah Asma’ berkata, isu berbangkit itu secara tidak langsung membuatkan dirinya tahu bahawa terdapat kawalan dan syarat yang ketat terkandung dalam Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 Kelantas serta Garis Panduan Kawalan Hiburan 2003.
JusteruUstazah Asma’ mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Kelantan kerana telah berusaha bersungguh-sungguh memastikan masyarakat setempat berhibur mengikut syariah yang ditetapkan meskipun masih banyak ruang yang boleh diperbaiki.
“Tahniah kepads kerajaan negeri Kelantan.
Masyarakat mula melihat ada satu negeri yang bersungguh dalam menguruskan kehendak manusia untuk berhibur agar mengikut syariat, walaupun di sana masih ada banyak ruang yang boleh dibaiki,”ujarnya.
Jelas Ustazah Asma’ lagi, golongan pendakwah ini bukanlah anti dengan Baby Shima atau mana-mana penyanyi dan penari seperti dia.
Sebaliknya, mereka sudi menganjurkan sebuah konsert tertutup khusus buat golongan perempuan sahaja seandainya Baby Shima dan rakan artis mahu turut-serta
mengalunkan lagu bersesuaian seperti nasyid mahupun qasidah.
“Kepada Cik Shima yang menyeru dan tidak berpuas hati dengan penceramah dan pendakwah yang berdiam seolah tidak bersuara dan tidak berlaku adil.
“Suka untuk diberitahu bahawa saya sendiri dan para pendakwah tidak pernah sesekali anti secara khusus pada cik Shima ataupun mana mana penyanyi dan penari seperti anda.
“Bahkan kami sudi dan boleh aturkan satu konsert yang tertutup khusus buat perempuan sahaja dan seandainya cik Shima dan rakan artis sudi, kita boleh sama-sama mengalunkan lagu yang sesuai, nasyid ataupun berqasidah. Saya benar-benar maksudkannya. Bukan hanya untuk menyindir,” beritahunya.
Di akhir hantaran terbuka itu, Ustazah Asma’ berharap agar industri hiburan di Malaysia ini akan berlandaskan pada syariah sebenar seperti digariskan dalam agama.
“Sahabat semua, muzik bukanlah satu perkara yang boleh dihukumkan sebagai harus secara mutlak, atau diharamkan secara mutlak.
“Para ulama’ yang mengharamkan muzik dan nyanyian telah menyatakan alasan dan hujah mereka secara terperinci, manakala yang mengharuskan pula menetapkan syarat-syarat dan garis panduan yang mesti dipatuhi,” katanya.