Laman Utama

“Ia Sukar Buatnya Tapi...”- Lisa Surihani Syukur Anak Umur 7 Tahun Dah Puasa Penuh

Syafiqah Jalal
07/04/2022
08:12 MYT
Sponsor Banner
“Ia Sukar Buatnya Tapi...”- Lisa Surihani Syukur Anak Umur 7 Tahun Dah Puasa Penuh
Pelakon Datin Lisa Surihani bersyukur apabila anak sulungnya, Yahaira Leanne berjaya berpuasa penuh ketika usianya memasuki tujuh tahun.
Lisa Surihani memberitahu bukan mudah untuk anaknya menunaikan ibadan rukun Islam ketiga itu tetapi dia berjaya selepas berlatih berpuasa selama 2 setengah hari sebelumnya.
“Hari penuh siyam Yong. Ia sukar untuknya pada jam terakhir tetapi dia berjaya mengatasinya.
“Dia terkejut dan gembira kerana dia telah menunaikan rukun Islam ke-3 buat pertama kali sepenuhnya hari ini selepas dua setengah hari latihan,” katanya.
Isteri kepada penyanyi dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim itu berkongsi perkara gembira itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri yang sama dia memuat naik foto Yahaira tersenyum di meja makan yang keleihatan gembira kerana berjaya berpuasa penuh.
Lisa dalam masa yang sama memberitahu dia mendapatkan tips dari seseorang yang dihormati untuk membantu melatih anaknya berpuasa.
“Alhamdulillah. Terima kasih kepada @win_zehrahenna yang dihormati, atas petua anda dalam membantu saya menguruskan jangkaannya mengikut masa. “Dalam dua waktu solat lagi, dah buka” Yong berkata ini juga hadiah hari jadi untuk Omi @auntymira ,” tulisnya.
Sekadar info, Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada Februari 2012. Pasangan itu kini sudah dikurniakan tiga cahaya mata, Yahaira Leanne, 7 serta Yusof Leonne, 5, dan Yunos Laith, 1.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar