Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Ibarat Semalam Pegang Perut Tak Kembung, Hari Ini Tahu Dah Hamil 7 Bulan"- Azad Jazmin

Syafiqah Jalal 17/10/2017 | 05:41 MYT
Pelakon Azad Jazmin akui berasa aneh apabila hanya menyedari isterinya, Eira Syazira hamil ketika sudah tujuh bulan usia kandungan.
Azad menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, memberitahu lebih aneh apabila isterinya itu tidak mengalami apa-apa alahan seperti ibu hamil.
Tambah Azad lagi, bentuk badan isterinya tidak kelihatan seperti ibu hamil malah mempunyai bentuk badan yang menarik.
"Assalamualaikum, saya nak kongsi lah sedikit dengan peminat yang bertanya bagaimana saya boleh tidak sedar isteri saya hamil.
"Saya sebagai suami pun pelik dan aneh boleh jadi begitu.
"Ibaratnya, semalam saya pegang perut dia tak kembung tapi hari ini tahu dah hamil.
"Memang tak perasan, malah Eira sendiri siap pergi ke kelas boxing, gim dan sebagainya.
"Kalau tak percaya boleh lihat sendiri foto terbaharu dia hadir di FFM (Festival Filem Malaysia), siap pakai kebaya lagi dan ada 'shape' di badan.
"Saya boleh kata, inilah kebesaran Allah dan rezeki yang diberikan memang tak dijangka," katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di IG.
Minggu lalu, Azad mengejutkan ramai pihak termasuk peminatnya apabila mengumumkan Eira hamil.
Eira baru sahaja melahirkan bayi kedua mereka sembilan bulan lalu.
Dua orang cahaya mata mereka adalah Amarra Sofea Rose, 4, Ameisya Leanne Rose berusia 9 bulan.
Sumber: Instagram Azad Syaziera
#Hamil #Mengandung #Hamil #Eira Syazira #Azad Jazmin
;