Hiburan
Ibu Aliff Aziz Respons Dakwaan Anak Bakal Berkahwin Dengan Ruhainies - "Subhanallah"
Ibu kepada pelakon kacak kelahiran Singapura Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil terkejut dengan penularan berita mendakwa anak lelakinya itu bakal mengahwini pelakon genit Ruhainies.
BERITA TRENDING: Didakwa Takut Anak Digoda Ramai Wanita Ketika Berlakon, Ini Respons Ibu Aliff Aziz - “Jangan Pernah Gentar Pada…”
Menafikan khabar angin itu, Siti Hafiza menerusi hantaran di Instagram berharap agar penyebar berita itu diberikan hidayah.
"Subhanallah sekali lagi fitnah manusia. Alhamdulillah kami maafkan semoga anda-anda yang gemar menulis dan menyebarkan perkara yang tidak benar atau sahih Allah berikan taufik dan hidayah sebelum anda bertemu Allah di akhirat kelak.
"Bagi yang berlumba-lumba untuk mengeluarkan cerita-cerita sensasi dengan alasan 'atas dasar pekerjaan' adakah niat menghalalkan cara? Allah Maha Mengetahui ... Fikir-fikirkanlah," tulisnya.
Dalam pada itu, Siti Hafiza memberitahu dia juga sentiasa berpegang pada nasihat agar tidak menyimpan dendam dan sentiasa memaafkan biarpun ada pihak terus menyakiti hatinya.
"Kita hidup hanya seketika, sahabat-sahabat yang saya hormati, kematian itu pasti.
"Tabarakallah pada guru-guru yang menasihatkan kami agar terus memaafkan apa jua agar hati dan minda kita akan tenang masyaallah.
"Ini peringatan buat saya dan keluarga juga kerana kami insan yang tidak sempurna, semoga anda semua sentiasa dalam rahmah dan baraqah Allah," tambahnya.
BERITA TRENDING: Pakai Topi Tertera Huruf ‘R’, Posting Aliff Aziz Curi Tumpuan Netizen
BERITA TRENDING: Wah! Ruhainies Dapat Sejambak Bunga Lepas Balik Mahkamah
BERITA TRENDING: Hanya Berlalu Pergi, Aliff Aziz & Ruhainies Diam Membisu… Enggan Komen Kes Khalwat Ditangguh
Terdahulu, sebuah akaun TikTok memuat naik satu perkogsian mendakwa Ruhainies dan Aliff bakal berkahwin pada hujung Oktober.
Susulan itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen berasa terkejut.
Imbas kembali, nama Ruhainies dan Aliff mula dikaitkan selepas mereka ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur atas pertuduhan berkhalwat.
Pada sebulan kes 9 Mac lalu, Aliff dan Ruhainies telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.
Pada prosiding 3 Julai pula, mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz.
Mereka kemudian sekali lagi hadir ke mahkamah pada 10 Oktober lalu untuk dibacarakan namun tidak berakhir di situ apabila mahkamah meminta Aliff dan Ruhainies hadir semula pada 20 dan 27 Februari tahun hadapan.
Dua selebriti didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama dan sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dihukum denda maksimum sebanyak RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.