Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Ulangtahun Buat Cucu - “Walaupun Kami Tak Dapat Jumpa..”
Selepas kes kontroversi khalwat yang membabitkan aktor sensasi, Aliff Aziz dan aktres Ruhainies, setiap hantaran yang dibuat ibunya, Siti Hafiza Bashaharil pasti meraih perhatian wargamaya.
Terbaharu, Hafiza menitipkan ucapan ulang tahun ke 7 buat cucunya, Ayden Adrean.
“Sanah Helwa buat cucu-cucu Umi Wan & Tok Ayah Ayden & Ara yang sangat kami rindui.
“Masyaallah alhamdulillah Ayden you turn 7 years old today. Umi Wan Tok Ayah Daddy Aunty Aisyah & Aunty Ain doakan Ayden panjang umur menjadi anak yang soleh dan khalifah yg berjaya di dunia dan akhirat aamiin allahumma aamiin,” tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies Jawab Dakwaan Tanggung Aliff Aziz Selepas Jadi Duda - “Takkanlah Duit Dia Cepat Habis…”
Malah, Hafiza turut menyatakan bahawa dia akan sentiasa berada di dalam hidup cucu-cucunya walaupun sudah tidak berjumpa dan berkomunikasi.
“Walau pun kami tidak dapat berjumpa atau bercakap dgn Ayden & Ara sehingga hari ini we will not stop trying to be in ur lives in shaa allah.
“Enjoy your day sayang. We have left your presents & we hope tht both of you received it. Till we meet again in shaa allah we love you both till infinity aamiin allahumma aamiin,” tulisnya lagi.
Terdahulu, perkahwinan antara Aliff Aziz dan pelakon Bella Astillah akhirnya terlerai selepas pasangan ini bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.
Sejak Mac lalu, rumah tangga Bella dan Aliff, menjadi topik hangat apabila Aliff didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.
Terdahulu, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.