Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Ibu Faizal Tahir Meninggal Dunia - “Rehatlah Di Negeri Abadi Mama”

Firdaus 14/01/2024 | 05:09 MYT

Penyanyi, Faizal Tahir berkongsi khabar duka tentang pemergian ibu tercinta, Muzlipah Aishah Pawanteh.

Khabar sedih itu dikongsi oleh Faizal menerusi hantaran Instagram sebentar tadi.

BERITA TRENDING: Faizal Tahir Adakan Showcase, Lelong Barang Peribadi Demi Faith4Palestine - "Ini Bukan Acara Hiburan…

“Rehatlah dan tenanglah di negeri abadi mama, cinta hati pertama saya. Mama dah buat yang terbaik untuk kami semua.

“Kepada yang mengenali ibu saya, Muzlipah Aishah binti Pawanteh, mohon dihalalkan segala makan minum beliau dan diampunkan segala kekurangan dan salah silap beliau selama dalam kenalan,” tulis Faizal di ruangan kapsyen.

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir)

Dalam pada itu, adik kepada Faizal Tahir, Anas Tahir turut membuat hantaran berkaitan pemergian ibunya.
"Terima kasih doakan anak-anak mama selama 48 tahun. Terima kasih mama usung anak-anak mama dalam perut mama sampai bengkak-bengkak kaki mama yang comel tu untuk 7 orang anak mama termasuk seorang yang mama pernah gugur dulu," tulis Anas.

A post shared by Anas Tahir (@aanastahirr)

Sekadar info, Muzlipah Aishah telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.55 pagi tadi bersamaan 2 Rejab 1445.
Jenazah dijangka tiba di Masjid Puncak Alam antara jam 11 hingga 12 petang. Solat jenazah akan dilakukan selepas solat zohor dan allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam.
#Penyanyi #Faizal Tahir #Selebriti #Artis #Ibu #Meninggal
;