Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Ibu Maia Estianty Akui Tak Senang Bila Anaknya Mahu Bernikah Dengan Ahmad Dhani - “Perasaan Saya Tak Enak”

Izwan Isa 21/05/2022 | 13:50 MYT

Ibu kepada penyanyi Maia Estianty, Kusthini, mendedahkan yang dia pernah berasa tidak sedap hati ketika puteri kesayangannya itu mahu bernikah dengan Ahmad Dhani suatu ketika dahulu.

Tidak cukup dengan itu, Kusthini memberitahu yang dia pernah memarahi Maia kerana anaknya itu dikatakan keras kepada mahu mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya.
“(Saya) Paling marah ketika dia memilih jodoh. Sebenarnya kami tidak bersetuju. Tetapi itu rencana Allah SWT.
“Kita sudah rasakan yang ada rasa kurang enak,” ujar Kusthini menerusi sesi wawancara di saluran Youtube Maia Aleldul TV baru-baru ini.
Bapa kepada Maia Estianty, Harjono Sigit turut berkongsi rasa yang sama.
"Waktu nikah pertama itu, perasaan saya tak enak. Waktu nikah pertama kali," ujar Harjono.
Maia Estianty dan Ahmad Dhani mendirikan rumah tangga pada 1996 dan memutuskan untuk bercerai pada 23 September 2008.
Ketika itu, Kusthini dilihat menenangkan Harjono dalam melihat keretakan dalam rumah tangga Maia Estianty.
"Menghadapi masalah begini sangat disukai syaitan. Syaitan senang, cerai senang. Saya menasihati supaya suami berzikir dan ingat pada Allah.
“Apa yang kita kehendaki tidak terlaksana… kita sedar ya semua rencana Allah," kata Kusthini.
Dalam pada itu, Maia Estianty mengakui bahawa pernikahannya dengan Ahmad Dhani melawan restu orangtua.
"Jadi saya dulu baru sedar akan erti restu seorang ibu. Kenapa hidup saya berantakan saat pernikahan pertama, kerana saya tidak mendapat restu dari orang tua," tutur Maia Estianty.
Menerusi pernikahan dengan Ahmad Dhani, Maia Estianty dikaruniai tiga cahaya mata, iaitu Al, El dan Dul.
Maia kini bahagia dengan pernikahan kedua bersama suami tercinta, Irwan Mussry.

#Kahwin #cerai #Ahmad Dhani #Ibu #Maia Estianty
;