Sukan
Ibu Neymar Berpisah Dengan Kekasih Muda Kerana Kantoi Jalin Hubungan Sejenis
Hanya mampu bertahan 15 hari, ibu kepada pemain bola sepak terkenal Neymar, Nadine Goncalves, 52, dilaporkan telah berpisah dengan teman lelaki, Tiago Ramos, 22.
Keretakan hubungan itu disebabkan Goncalves mendapat tahu bahawa kekasih mudanya itu pernah menjalinkan hubungan sejenis.
Sebelum ini Goncalves pernah mengumumkan sedang menjalin hubungan istimewa dengan Ramos yang berusia lebih enam tahun muda berbanding anaknya, Neymar.
Pengumuman itu mendapat sokongan ramai selepas Goncalves berpisah dengan bapa Neymar, Wagner Ribeiro pada 2016 selepas 25 tahun bersama.
Menurut Daily Mail, Ramos yang juga seorang gamer terkenal pernah menjalinkan hubungan songsang dengan cef peribadi Neymar sendiri sebelum bercinta dengan Goncalves.
Malah, Ramos juga pernah berpacaran dengan pelakon Brazil, Carlinhos Maia.
Kini Ramos meninggalkan Goncalves dadn telah kembali ke pangkuan keluarganya.